MAHARAJALAWAK MEGA 2013 KINI BERMULA

MLM 2013 akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari
Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura. Sistem
penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri
tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Juara MLM 2013 bakal
menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan
ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

Seramai 13 barisan pelawak akan beraksi
di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey,
Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.Seramai
12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak,
Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi
Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan
bertanding ke program tersebut.
Pemilihan
peserta itu akan disiarkan pada 8 November depan pada pukul 10 malam di
saluran Astro Warna. MLM 2013 akan bersiaran secara langsung bermula 15
November, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan
Mustika HD (134). Lepas Jep menang superspontan gua pilih kumpulan sepahtu pulak. Kesian Mamat kena pilih group lain.
4 comments
hmmm, tak ada astro, ada ulangan nanti akak tengoklah kat internet..huhu, itupun kalau rajin
BalasPadamwah sudah bermula kembali maharaja lawak mega, pasti ramai yang suka tengok ni...
BalasPadamwah nak tengok nanti la mizi
BalasPadamsure gandingan yg hebat2 belaka
dia mai dah.. dia mai dah.. heheh
BalasPadam