PEMBUNUH UPAHAN SEMAKIN BERLELUASA


Dalam masalah kegawatan ekonomi masa kini cara terbaik adalah dengan menjadi pembunuh upahan. Anda tidak perlu kelulusan tinggi cukuplah lepasan SPM anda sudah layak memohon untuk menjadi pembunuh upahan. Anda akan dibayar sekitar 5ribu dan mungkin mencecah RM15ribu ringgit.

Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 Selangor mencatat peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Berikut adalah antara kes yang anda perlu tahu antaranya:-

1. 18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang empat Keladi, Kulim, Kedah.
2. 8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.
3. 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.
4. 11 Mei -Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.
5. 11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
6. 7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media.


Mungkinkah anda andalah mangsa seterusnya yang di bunuh???



Ulasan

  1. seriau bila Malaysia pun dah jadi cam oversea...senang2 jer orang nak tembak orang...

    BalasPadam
  2. ya Allah ,apa nak jadi., apabila malaysia dah teruk cm gini ?? ishh seram

    BalasPadam
  3. Senang betul mereka ni dapatkan pistol. Lepas tu tembak orang.

    BalasPadam
  4. apa nak jadi malaysia ni. rasanya dah tahap kritikal dah jenayah kat malaysia ni

    BalasPadam

Catat Komen