JOM MASUK FEAR FACTOR MALAYSIA


Sebuah rancangan yang memang menjadi kegilaan aku. Apabila ketakutan bakal menjelma. Untuk fear factor kali ini korang boleh menjadi peserta fear factor bersama artis pilihan korang ini adalah aktiviti artis bersama peminat.

Garis Panduan Penyerahan Video

a) Rakamkan video tidak melebihi 2 minit atau melebihi 30MB mengenai diri anda dan jawab soalan-soalan berikut:
1. Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
2. Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
3. Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?
b) Pastikan wajah anda dapat dilihat dengan jelas dan audio rakaman anda jelas
c) Pastikan anda menyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video anda
d) Muat naikkan video anda melalui kotak muat naik yang terdapat di akhir Borang Penyertaan
e) Setiap video mesti mengikut peraturan yang tertera pada Terma dan Syarat Peraduan (Terms and Condition). Video yang didapati didapati menyinggung perasaan, lucah, tidak senonoh atau tidak wajar terhadap Pengajur dan/atau Astro akan disingkirkan dengan serta-merta
f) Jika anda tidak boleh muat naikkan video anda, anda boleh menghantar video anda melalui link WeTransfer. Jika anda memilih untuk menggunakan cara ini, sila nyatakan URL WeTransfer di dalam kotak yang disediakan dalam Borang Penyertaan.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diambil kira

Anda mesti berumur 18 tahun keatas
- Anda mesti merupakan warganegara Malaysia ataupun Penduduk Tetap
- Anda mesti berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang bagus. Jika anda dipilih untuk senarai pendek, anda mungkin akan diminta untuk mengekemukan sijil perakuan doktor yang mengesahkan bahawa anda sihat dan berkemampuan untuk mengambil serta dalam Fear Factor Malaysia.
- Anda mesti fasih dalam Bahasa Malaysia
- Jika anda dipilih, anda perlu memastikan yang anda boleh ke Afrika Selatan dari 26 September – 30 Oktober.
- Jika anda dipilih, anda mungkin akan diminta untuk mengambil serta dalam acara promosi atau publisiti untuk Fear Factor Malaysia. Anda perlu menghadirkan diri untuk acara-acara ini.
- Anda mesti mempunyai pasport yang sah dengan tempoh guna sehingga April 2014
- Anda tidak boleh mempunyai rekod penjara atau bankrupsi.
- Anda tidak boleh mempunyai kes mahkamah yang berterusan atau kes jenayah yang belum selesai

amacam best tak aku rasa nak join tetapi takut ular pulak haha. Yang best boleh pergi Afrika Selatan. Kalau korang nak join klik sini www.fearfactor.com.my 


Ulasan

  1. kena ambik cuti panjang kalau nak masuk ni...tapi best jugak kalau dapat masuk

    BalasPadam
  2. yang nie musim kedua eh? :)

    BalasPadam
  3. Wow... kte dah bleh join fear factor.. menarik...

    BalasPadam
  4. owh.. disebabkan aku takut nak kapal terbang, aku takkam try masuk fear factor ni. hahaha

    BalasPadam
  5. Ada bukak lgi x pnyertaan nya..?

    BalasPadam

Catat Komen