MARAH BETUL ORANG SARAWAK DENGAN ASTRO

by - Julai 04, 2013



Pernah suatu ketika rakyat Sarawak khususnya yang tinggal di luar Kuching seperti di Sri Aman hingga ke Lawas meminta pihak bertanggungjawab seperti RTM mahupun Astro untuk menyiarkan perlawanan membabitkan Bujang Senang, tetapi jawapannya hingga ke hari ini tiada jawapan.

Anehnya, RTM mahupun Astro hanya menyiarkan perlawanan bola sepak yang membabitkan di Semenanjung dan Singapura. Apakah Sarawak dan Sabah bukan sebahagian daripada pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia? Pasti FAM ada jawapannya.

Perkara siaran langsung ini pernah ditanya kepada beberapa pegawai kerajaan yang bekerja di Jabatan Penyiaran Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan jawapannya ialah kos melakukan siaran langsung membabitkan kos tinggi sehingga RM20,000 hingga RM30,000. Manakala, Astro yang bertindak sebagai sebahagian daripada penganjur juga tidak bersedia untuk membawa Siaran Langsung ke Sarawak biarpun rakyat Sarawak penyumbang terbesar kepada pendapatan Astro.

Apakah dengan kos sebanyak itu menyebabkan Sarawak tidak mempunyai peluang untuk menikmati siaran langsung? Jawapannya hanya kepada RTM dan Astro.


You May Also Like

5 comments

  1. perghh...wat kuali terussss! bahahaha

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, salam ziarah. Singgah kali pertama dan follow. Sudilah ke blog saya dan follow.

    BalasPadam
  3. nak wat camne..bayar mahal pun belum tentu okey. mungkin pelaburan tak cukup baik kot. erkkk, maaf terkomen

    BalasPadam
  4. hahaha, inilah bala bila xde pesaing.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0