BAYI GIGIT PUTING IBU

by - Julai 12, 2013


XUZHOU - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan masih hidup selepas ditikam dengan gunting sebanyak 90 kali oleh ibunya selepas dia dikatakan tergigit putingnya semasa menyusu.

Bayi berkenaan, Kio Bao yang cedera parah di bahagian muka memerlukan 100 jahitan dalam insiden yang berlaku di sini, dalam wilayah Jiangsu di timur China.

Bayi malang itu dikatakan tinggal bersama ibu dan dua orang bapa saudara yang menyara kehidupan mereka dengan mengitar semula sampah sarap.

Bao yang dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di dalam kolam di belakang rumah mereka telah dibawa ke hospital oleh salah seorang bapa saudaranya.

Ibu kanak-kanak tersebut kemudian mengaku dia telah menikam Bao kerana bayi itu dikatakan telah menggigit putingnya.

Jiran-jiran mereka merayu supaya kerajaan tempatan mengambil Bao, namun pihak berkuasa menolak permintaan itu kerana tidak ada pengesahan rasmi yang mengatakan ibunya mengalami penyakit mental. -sumber:kosmo

You May Also Like

6 comments

  1. cian baby ni..sanggup swg ibu buat ank sendiri mcm ni..=(

    BalasPadam
  2. jenis mak apa cam ni,.. dorang ni memang takde otak lah.. huh!

    BalasPadam
  3. Sengal... maaf terpaksa guna bahasa kasar... tak boleh terima laaa huhuhuh :(

    BalasPadam
  4. selamat bersahur..

    http://www.noormalashahar.com

    BalasPadam
  5. aduuhh ada juga mak jenis cm gini ......ishhhhhhh

    BalasPadam
  6. x banyak cume kompius jer...tepek gamba,bwat entry,follow sy n sponser,tag 3 orang...siap!!!!

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0