Pekerja Bank Tidak Sengaja Masukkan Duit RM928,888,888

by - Jun 12, 2013


Seorang pekerja bank yang mengantuk dengan tidak sengaja memasukkan wang berjumlah €222,222,222.22 (RM928,888,888) ke dalam akaun seorang pesara selepas tertidur dengan jarinya menekan pada butang ‘2’.Bagaimanapun, pemilik akaun itu yang menyedarinya mengembalikan semula wang berkenaan.

Kes itu dikesan selepas seorang penyelia bank berkenaan di Hassen, Jerman dipecat kerana tidak mengesan kesilapan dalam pemindahan itu.Penyelia wanita berusia 48 tahun itu bagaimanapun mendakwa ketuanya di mahkamah buruh dengan mendakwa pemecatannya dilakukan secara tidak adil.

Menurutnya, kesilapan itu berlaku selepas dia memeriksa lebih 800 dokumen.Dalam keputusannya semalam, mahkamah berkata, wanita itu sepatutnya diberi amaran, bukan dipecat.Mahkamah juga mengarahkan supaya dia diambil bekerja semula.Bank tidak dinamakan itu menuduh pekerja berkenaan hanya menyelak dokumen, tanpa memeriksanya secara teratur.-mymetro

Orang macam ini pun ada kalau aku punya akaun memang habis dah aku belanja haha. Kesian mengantuk sangat tetapi bagus juga pesara itu pulang balik duit itu kat bank.

You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0