DAH PINJAM DUIT TAK RETI NAK BAYAR


KUANTAN – Seorang kontraktor berusia 33 tahun terkejut menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) dari kakitangan sebuah bank 12 Jun lalu yang disifatkan sebagai kasar dan memalukan.

SMS yang memintanya melangsaikan tunggakan pinjaman rumahnya itu dihantar pada jam 4.38 petang selepas beliau dan isteri tidak membalas beberapa SMS wanita itu sebelum ini.

SMS yang berbunyi ‘En Amir payment rumah memang tak leh bayar ke? Elok cam ni la, en bg semula kunci rumah tu pada Bank@ doakan semoga peminjam itu mati, sebab Bank leh cover insurans dari hidup menyusahkan BANK kan, tq’ itu melambangkan kakitangan berkenaan tidak profesional dalam tugasnya.

Kontraktor terbabit yang hanya mahu dikenal sebagai Amir berkata, sebagai pelanggan, beliau kecewa dengan tindakan kakitangan bank itu.

Katanya, wanita itu sudah berkali-kali menghantar SMS sinis yang memalukan sekali gus menunjukkan kakitangan bank terbabit tidak profesional.

“Saya rasa tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai bank itu kerana sepatutnya beliau lebih rasional menangani perkara itu,” katanya.

Bagi mengelakkan sebarang masalah, Amir sebelum ini pernah memaklumkan kakitangan bank tersebut supaya mengikut prosedur yang betul jika mahu mengenakan tindakan undang-undang ke atasnya.

Amir mengakui, bayaran rumahnya yang tidak diduduki di Kampung Pandan tertunggak selama enam bulan membabitkan lebih RM8,000.

“Jika pihak bank mahu menyita rumah saya, pegawai itu boleh mengikut prosedur yang betul dan tidak menghantar SMS kasar seperti itu.

“Saya tidak kisah jika panggilan itu mengingatkan saya untuk membayar pinjaman rumah yang dibeli empat tahun lalu tetapi doa kematian itu amat mengecewakan,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan bank itu, Amir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

P/S: 6 bulan tertunggak siapa yang tak marah hantar sms tak reply kalau ko pinjam kat along memang dah kena bunuh dah nasib pinjam kat bank. Buat laporan polis pun sama sahaja reti pinjam reti la bayar. Kbye

Ulasan

  1. kakitangan bank sekarang mintak hutang or outstanding amount dah macam samseng dan gangster kot...kawan saya pernah kena... dah macam ala ala along pun ada...

    BalasPadam
  2. cakap elok2kn boleh..takla jadi isu mcm2..tpi kedua-dua pihak kna sama2 faham..

    BalasPadam
  3. singgah follow sini yer....
    www.kucinghitam.net...

    BalasPadam
  4. hemmm.. dua2 salah.. yg sorg berhutang pastu mengelak xnak bayo, yg sorg lagi anto sms yg kuang asam.. ha2..

    hai.. salam kenal,
    follower no.215
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    BalasPadam
  5. Gamaknye pegawai bank tu bekenan ngan umah kontraktor tu kot :D

    BalasPadam
  6. siapa yang salah...6 bulan hutang tak bayar atau pengawai bertindak biadap...tentulah 6 bulan tak bayar..semua orang ada masalah kewangan..

    BalasPadam
  7. bila dah meminjam tu memang wajib la bayar balik kan

    BalasPadam

Catat Komen