BLOG JIWANG.ORG KENA SAMAN HAHA




Sekadar perkongsian dan peringatan kepada rakan-rakan blogger yang lain. Jangan disebabkan terlalu mengejar trafik, kita akan menjadi target yang seterusnya. Selepas berita mengenai pengendali laman web Syok.org yang ditahan sekitar bulan Mac lalu diatas kesalahan melanggar Akta Hak Cipta 1987, kini sekali lagi penahanan yang sama dilakukan terhadap pengendali laman web popular Jiwang.org .


Penahanan suspek yang bertempat di Kota Bharu dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Multimedia (SKMM) dan Komunikasi Malaysia, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Industri Skrin (MSI) dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).


Ekoran penahanan tesebut, sekiranya suspek didapati bersalah, denda sebanyak RM2000 hingga RM20000 akan dikenakan bagi setiap salinan dan denda sebanyak RM4000 hingga RM40,000 pula akan dikenakan untuk setiap salinan bagi kesalahan yang seterusnya. sumber: Laman MPA


p/s: Sudah tiba masanya pengendali laman web lain berhati-hati dengan content yang mereka gunakan. susahlah blogger nak cari makan macam ini aku pun pernah juga upload download movie secara haram. Korang artis takpelah duit banyak gaji kerajaan pencen pun dapat kesianlah kami ini blogger haha.

Ulasan

  1. betul tu, kesian kite kan kan??

    BalasPadam
  2. blogger susah dh nk cari makan yg dlm bidang uploder movie..

    BalasPadam
  3. nak selamat buat entri sendiri..rasanya lah...sekadar pinjam foto Google tu kita kreditlah kat owner betul tak Mizi??

    BalasPadam
  4. sabo je laa.. haha

    Tolong doakan untuk sahabat ejulz ni k.. terima kasih "Doakan untuk dia"

    BalasPadam

Catat Komen