Achey Juara Bintang Mencari Bintang

by - Jun 23, 2013

Seperti yang dijangka, protege kepada Harun Salim Bachik, Achey, menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara program realiti, Bintang Mencari Bintang dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Kemenangan ini sekaligus melayakkan Achey untuk membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 200,000 berserta trofi.




Naib juara disandang oleh protege Afdlin Shauki, Bocik yang berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000 berserta trofi manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM 60,000 berserta trofi dimenangi oleh kumpulan Titan, iaitu anak didik kepada Sabri Yunus.



Kumpulan Tapaw yang dibawah tunjuk ajar, Faizal Ismail pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya membawa pulang RM 30,000 berserta trofi walaupun mendapat tempat keempat. 



p/s : hebat achey ini peserta solo sahaja lawak best setiap minggu. Bukan senang nak buat lawak solo. Dulu Achey ini makenik sahaja sekarang dah jadi pak lawak suara pun sedap boleh tahan. Jom tengok Achey punya persembahan minggu pertama. Siapa ada persembahan Achey final tolong upload boleh...


You May Also Like

5 comments

  1. salam mizi..dah agak dah...achey mesti menang...tahniah achey

    BalasPadam
  2. ohh, patutla minggu pertama. tak berjaya buat aku gelak. takde punchline.. kene cari yg final, tgk dulu.

    BalasPadam
  3. Kenapa sy tak mengikuti bintang mencari bintang ni? Ish..

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0