Mengundi adalah fardu kifayah

by - Ogos 08, 2012


"Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, pengebumian terpaksa ditangguh sebentar bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

"Daripada kisah itu, kita sudah dapat melihat betapa pentingnya pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar,"

Mengundi adalah fardu kifayah dan sekiranya ramai yang tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Dalam Islam, ada dua bentuk ilmu fardu, yakni ilmu fardhu ain dan ilmu fardu kifayah.

Fardu Kifayah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti orang Islam yang baligh dan berakal. Tidak perlu setiap orang membuatnya, tetapi sekiranya dilakukan oleh segolongan daripada mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap yang lainnya.

Contohnya adalah seperti menyembahyangkan jenazah. Tidak perlu keseluruhan ummah datang untuk menyembahyangkan si-mati, hanya beberapa orang sudah cukup. Lain dari Sembahyang Jumaat yang merupakan Fardu Ain. Setiap Islam(lelaki) dimestikan solat jumaat.

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0