Malaysia dapat dua pingat selepas Datuk Lee Chong Wei

by - Ogos 09, 2012

TIADA apa yang dapat digambarkan oleh kem Malaysia selain kegembiraan dan kebanggaan apabila ratu terjun negara, Pandelela Rinong menambah satu lagi pingat – pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita, sebentar tadi.

Jaguh terjun negara itu sebelum ini pernah diiktiraf sebagai atlet wanita terbaik ekoran kecemerlangannya meraih pingat perak di Kejohanan Terjun Siri Dunia Moscow pada tahun lalu, serta pingat perak dan gangsa di temasya Universiad Shengzhen, seterusnya melayakkan diri ke Olimpik.

Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).

Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008.

Tahniah

Untuk rekod, Pandalela juga mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama Malaysia memenangi pingat Olimpik dalam sejarah sukan negara.

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0