KISAH AKU DENGAN ADIK IPAR

by - November 16, 2024

 


Sebenarnya aku ada pengalaman yang hampir sama macam movie Netflix ‘Ipar Adalah Maut.’

Bulan Mac 2012, aku dan isteri dinikahkan dan secara automatik aku bergelar abang ipar kepada 2 orang adik ipar yang comel.

Tahun 2015, bila mana isteri aku dapat biasiswa mybrain untuk sambung pengajian di Universiti Malaya kami berpindah dari Alor Setar dan menetap di rumah mertua di Subang Jaya sebab nak berjimat.

Bilik tidur aku dan isteri bersebelahan dengan bilik 2 orang adik iparku.

Kedua-dua adik iparku berkongsi bilik yang sama.

Aku terpaksa berkongsi bilik air yang sama dengan kedua-dua adik iparku sebab di tingkat atas hanya ada 2 bilik air.

Satu dalam bilik mertuaku dan satu lagi di luar.

Suatu hari waktu isteriku berada di universiti dan adik iparku yang sorang lagi di tempat kerja,

Tinggallah aku berduaan dengan adik iparku yang bongsu di rumah.

Tengah aku tekun menghadap pc buat kerja tiba-tiba terdengar jeritan adik iparku yang bongsu dari dalam bilik air.

Dengan penuh suspense aku bergegas ke arah bilik air untuk melihat apa yang jadi.

Rupanya paip air sebelah mangkuk jamban patah, habis lencun satu badan adik ipar aku yang bongsu ni terkena air yang bertali arus.

Selepas mengetahui punca sebenar kenapa adik iparku yang bongsu terjerit-jerit aku pun berlalu pergi..

“Dah besar panjang pandai-pandailah kau repair sendiri…kau kan lelaki…” bisik aku dalam hati.

Itulah pengalaman yang aku tak dapat lupakan sewaktu tinggal bersama dengan kedua-dua orang adik ipar lelakiku.

Pengalaman yang hampir sama cuma pengakhiran yang berbeza.

Kredit : Noor Amin



You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0