PERKHIDMATAN KWSP ALAMI GANGGUAN

by - Mei 11, 2024

 


Dengan ada akaun ke3 aku rasa ramai yang nak keluar duit kat kwsp. Bini aku kata jangan keluar. Kalau aku pun fikir benda yang sama. Dividen kwsp agak tinggi tiada sebab perlu keluarkan duit kwsp walaupun boleh keluarkan.

Rakan sekerja pulak kata keluarkan je sebab takut mati awal tak merasa duit kwsp. Dulu aku fikir nak keluar kwsp masuk asb sebab dividen asb lagi tinggi dari kwsp tetapi malangnya dividen kwsp lagi banyak. 

Umur aku dah 40 tahun umur 55tahun boleh ambil separuh duit kwsp. 60 tahun baru boleh keluar semua duit kwsp. Kalau aku keluarkan sekarang nanti takut menyesal bila hari tua sebab aku tiada pencen.

Kalau aku keluarkan duit kwsp pun untuk bayar hutang je niat sebab gaji aku rm2k sebulan tak cukup nak bayar hutang tiap bulan campur barang dapur dan bil2 sewaktu dengannya. Cuma harap kalau dapat paid review rm20-rm50 boleh la senyum sikit.

Masa pkp hari tu banyak gak keluarkan kwsp sebab kena buang kerja. Nak kerja kilang pun dah tak larat tulang banyak yang dah patah. Kalau kerja menaip boleh la buat. Nak angkat berat memang dah tak mampu. Nasiblah isteri boleh tolong bayarkan yuran sekolah anak.

Harap muka je kacak. Tetapi duit xde. Harap sangat lepas ini dapat job paid review. Tolonglah kalau ada sesiapa yang sudi dan simpati pada nasib ku ini hehe😁😁


You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0