TAK CUKUP UNTUNG TERPAKSA APPLY LOAN

by - Ogos 15, 2023


Astro Malaysia Holdings Bhd mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), menerima kemudahan pinjaman berjangka berjumlah RM400 juta daripada Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Bhd (SMBC). Syarikat media itu berkata, kemudahan pinjaman kepada MBNS itu adalah secara tidak bercagar pengeluaran pertama pinjaman hendaklah dibuat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh perjanjian kemudahan dan tersedia untuk lebih banyak pengeluaran selepas itu.“Kemudahan itu akan dibayar balik sepenuhnya pada atau sebelum tamat tempoh empat tahun daripada tarikh pengeluaran pertama, dengan pilihan satu tahun untuk dilanjutkan. “Ini adalah kemudahan pelunasan prinsipal dengan ansuran pertama perlu dibayar oleh MBNS 24 bulan daripada tarikh pengeluaran pertama,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Astro Malaysia berkata, tujuan pinjaman itu adalah untuk membiayai kos MBNS yang berkaitan dengan pengeluaran, pembelian dan pelesenan kandungan, program atau saluran, serta pembelian peranti set-top box, termasuk penyelesaian pembiayaan vendor.“Selain itu, pinjaman itu juga adalah untuk perbelanjaan operasi dan perbelanjaan modalnya, termasuk pemerolehan aset untuk penyiaran dan transmisi, serta pemerolehan perisian dan platform.“Ia juga bagi tujuan membiayai semula kemudahan pinjaman berjangka sedia ada sebanyak RM380 juta daripada SMBC, yang diperoleh pada 9 Ogos, 2018,” katanya. berkata, tujuan pinjaman itu adalah untuk membiayai kos MBNS yang berkaitan dengan pengeluaran, pembelian dan pelesenan kandungan, program atau saluran, serta pembelian peranti set-top box, termasuk penyelesaian pembiayaan vendor. “Selain itu, pinjaman itu juga adalah untuk perbelanjaan operasi dan perbelanjaan modalnya, termasuk pemerolehan aset untuk penyiaran dan transmisi, serta pemerolehan perisian dan platform. Ia juga bagi tujuan membiayai semula kemudahan pinjaman berjangka sedia ada sebanyak RM380 juta

You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0