MENYAMAR SEBAGAI PEKERJA

by - Januari 05, 2023

Pakai tudung dan seragam pekerja, taktik ceroboh Menara Merdeka 118

Kuala Lumpur: Warga Rusia, Angela Nikolau mendedahkan taktik licik dia menceroboh Menara Merdeka 118 sekali gus menyempurnakan misinya memanjat puncak menara seperti tular baru-baru ini.

Menerusi ciapan di Twitternya, Angela turut memuat naik gambar ketika 'menjayakan' misinya.

Menurutnya, kedudukan Menara Merdeka 118 yang terletak di tengah bandar mendorongnya untuk menawan mercu tanda itu.
"Saya jatuh cinta dengan Menara Merdeka 118 sebaik saja melihatnya. Saya berasa seperti berhubung secara rohani dengannya.
"Bangunan itu sangat megah di tengah bandar yang menakjubkan dan saya perlu terokai serta berkongsi pemandangan dengan orang ramai," ciapnya
"Saya sewa sebuah pangsapuri dengan pemandangan menara itu untuk jalankan pengawasan dan pemerhatian terhadap bangunan itu sebelum memasukinya.
"Saya habiskan beberapa minggu untuk mengetahui butiran penting yang perlu saya ketahui sebelum pergi ke sana," ciapnya.
Bagi melindungi identitinya, Angela turut memakai tudung, cermin mata dan memakai seragam pekerja bangunan.
"Saya berlari ke 32 tingkat pertama dan terlalu panas di situ.
"Keadaan itu memaksa saya baring atas lantai konkrit tanpa berpakaian bagi menyejukkan badan sedikit dan minum semua air yang ada," ciapnya.
Dia berkata, laluannya untuk sampai ke puncak tidak mudah kerana berdepan detik mencemaskan apabila hampir ditangkap ketika sedang berehat.
"Ini saya (merujuk gambar) 25 jam kemudian, saya tiada makanan, minuman serta tidak tidur. Saya tak dapat regangkan kaki dan seluruh badan sakit.

"Nak menangis tak boleh kerana bimbang pekerja bangunan dengar tangisan saya," ciapnya.
Angela meneruskan misi tiga jam kemudian walaupun berdepan kesukaran.
"Semangat saya semakin meningkat bila saya nampak pemandangan dari atas. Kini musim hujan jadi saya menjangkakan keadaan awan kelabu, tetapi sebaliknya saya lihat sinaran matahari dan keindahan pemandangan luar biasa," 


You May Also Like

2 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0