MUHASABAH DIRI

by - Mei 13, 2021


 *﷽ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُه*

*MUKMIN YANG HEBAT*

Antara ciri mukmin yang hebat itu adalah:
1) Dia meninggalkan dunia, sebelum dia meninggal dunia.
2) Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah.
3) Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah.
4) Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.
5) Dia ke masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa  Nabi SAW telah bersabda:

*الْمُؤْمِنُ القَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إلى اللهِ مِنَ المُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وفي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ علَى ما يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ باللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ*

Maksudnya: “Orang mukmin yang kuat (segalanya) itu, lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah sedang setiap (mukmin) itu semuanya baik. Utamakanlah (berusahalah) terhadap perkara yang menjamin kemanfaatanmu dan sentiasa bermohon pertolongan Allah tanpa rasa lemah semangat.” Riwayat Muslim

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0