INGAT 5 PERKARA

by - Mac 26, 2021


Allah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada setiap kita antaranya nikmat sihat dan masa lapang. Tidak bermanfaat harta yang banyak kalau kita sakit dan tidak berdaya. Tidak bermanfaat juga harta yang dimiliki jika kita tidak berkesempatan menikmatinya. Rasulullah SAW berpesan:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang."  (HR Bukhari No: 5933) Status: Hadis Sahih

Imam Ibnul-Qayyim rahimahullah berkata: “Mensia-siakan waktu itu lebih merbahaya daripada kematian. Kerana mensia-siakan waktu memutuskan hubunganmu dengan Allah dan keselamatan akhirat, adapun kematian maka ia hanya memutuskanmu dari dunia dan penghuninya.”  

(Al-Fawaid: hal. 31)

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0