Budak yang nakal

by - November 09, 2020

budak ini memang nakal dia akan kacau kakak dia kalau kakak dia tengah tidur atau belajar online. kalau bilik air terbuka dia akan buka air. Akan main apa sahaja atas meja kalau bukan permainan. Jom saksikan video kenakalan beliau. Apabila di marah beliau akan balas dengan senyuman.

 
View this post on Instagram

Sekadar perkongsian :- Ketika anak kecil tu sampai di Jabatan Kecemasan, seluruh badannya sudah biru dan sejuk. Tak bernafas dan tak bergerak. Tiada degupan jantung kedengaran bila bayi diperiksa. Matanya tertutup, mulutnya sedikit terbuka. “Tolong saya doktor. Anak saya lemas. Tolong dia, tolong dia.” Si kecil ni ialah anak tunggal dan dia dijaga oleh pengasuh pada siang hari. Pintu tandas di rumah pengasuh walaupun ditutup tapi tak dikunci. Dia masuk ke tandas bersendirian dan nampak baldi yang penuh dengan air. Pada masa dia dijumpai pengasuh, kepalanya ada di dalam baldi dan kakinya ke atas. Pengasuh terus menarik anak ini keluar, namun kaki, tangan dan mulutnya sudah membiru. Berapa lama dia dah terjatuh ke dalam baldi, tak ada siapa yang tahu. 1 minit atau 10 minit, entahlah. Mana tahu pagi itu adalah hari terakhir ibunya lihat dia tersenyum. “Maafkan saya puan. Anak puan dah tak ada lagi.” Menyesal pun tak berguna. Masa yang dah berlalu tak boleh diputar semula. Hanya kenangan yang ditinggalkan. Dan dia, dah pergi meninggalkan semua. Kepala bayi atau anak kecil yang tenggelam dalam air sedalam 2 inci dah mampu buatkan dia lemas. Ia berlaku secara senyap dan pantas. Anak yang lemas tak mampu menjerit meminta tolong. Air yang masuk ke dalam paru-paru akan buatkan paru-paru jadi basah dan tak berfungsi lagi. 4 minit tanpa oksigen sampai ke otak, dah cukup untuk buatkan kerosakan kekal pada otak anak.

A post shared by tarmizi mizi (@mizisempoicom) on




You May Also Like

5 comments