HUKUM MAIN CATUR

by - September 12, 2020


 

Hukum Main Catur

 

SOALAN:

 

Saya ada mendengar ustaz selalu menyebut bahawa bermain catur ini makruh disisi mazhab Syafie dan haram disisi mazhab yang tiga lagi.

 

Bolehkah ustaz sertakan dalil yang menyebut perbezaan pendapat seperti itu. Adakah benar perkataan orang yang mengatakan sekalipun tidak haram bermain catur disisi mazhab Syafie hendaklah dipatahkan lambang salib pada salah satu buah catur tersebut

 

JAWAPAN:

 

Memang benar bahawa hukum bermain catur adalah makruh disisi mazhab Syafie dan haram disisi mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali.

 

Berkata Syeikh Syed Bakri Syatha Ad-Dimyathi:

 

قوله (وهو) أي لعب الشطرنج (وقوله حرام) عند الأئمة الثلاثة وهم أبو حنيفة ومالك وأحمد بن حنبل رضي الله عنهم وإنما قالوا بالحرمة للأحاديث الكثيرة التي جاءت في ذمه

 

Maksudnya:  “Perkataannya tentang bermain catur itu yaitu haram disisi tiga imam-imam mazhab yaitu Imam Hanafi dan Imam Malik dan Imam Hanbali r.a. Dan sanya mereka berkata dengan haram itu kerana beberapa hadis yang datang pada mencela permainan ini.” [Kitab I’anah At-Talibin]

 

Berkata Imam Nawawi:

 

ويحرم اللعب بالنرد علي الصحيح، ويكره بشطرنج

 

Maksudnya: “Dan haram bermain dadu (dengan bertaruh) atas qaul yang sahih dan dimakruhkan bermain catur.” [Al-Minhaj]

 

Dan berkata Imam Nawawi lagi:

 

اللعب بالشطرنج مكروه

 

Maksudnya: “Bermain catur itu makruh ia.” [Ar-Raudhah]

 

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

 

وَلِلْكَرَاهَةِ بِأَنَّ صَرْفَ الْعُمْرِ إلَى مَا لَا يُجْدِي

 

Maksudnya: “Dan dalil bagi makruhnya permainan ini dengan bahawa ia membuang masa kepada perkara yang tidak bermenafaat.” [Kitab Asnal Matalib]

 

Kesimpulannya bermain catur itu haram disisi jumhur ulamak dan makruh disisi ulamak mazhab Syafie.

 

Berkenaan perkataan yang menyuruh patahkan salib yang terdapat pada salah satu buah catur itu ada benarnya kerana ia lambang agama Kristian tiada elok bagi kita umat Islam menyimpan dan memuliakannya.

 

Wallahua’lam


You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0