WAHAI ISTERI LAYANLAH SUAMI DENGAN BAIK


SYURGA FIRDAUS TEMPAT KAMU
.
Wahai isteri, Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira.
.
.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
.
.
Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita. Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya. Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
.
.
Jagalah AURAT kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.
Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
.
.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.
.
.
Wahai isteri solehah, Kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.
.
.
Semoga yang membaca status ini menjadi isteri yg terbaik untuk suami..Aamiin..

Ulasan

  1. It is good that you always mention the positive image of these 토토 types of topics but on the other hand if you need related assistance. I really love this post and hope to see such informative news furthermore. Keep it up.

    BalasPadam

Catat Komen