Berpantang perlukah?

by - Ogos 19, 2019


Berpantang. Perlukah?

Menarik tajuk ni semalam. Ni peberet bani2 jamu untuk selit juai produk jamu ketat poen, krim tegang, krim besaq tek dan sebagainya.

Yang sebetuinya berpantang ni perlu ke tak? Terpulang. Kalau rasa nak feeling2 macam ibu2 berpantang, silakan. Tak salah. Siapa cakap salah mai tag dia tang ni. Kalau rasa2 nak berpantang cara moden, silakan. Pun tak salah. Pilihan masing2. Sebab apa tak salah? Sebab pengamal2 perubatan tradisional melayu kat negara kita ni pun bukan kaleng2. Carilah yang berdaftar under LPPKN. Mereka ni dilatih dengan ilmu, tak main dah makan2 ikan kering, minum ayaq dua tiga sudu, tak boleh makan segala mak nenek buah, laksa, yada yada yada. Hang rasa perut hang tahan makan laksa hang tibai la sampai kembong pon. Rasa2 perut takleh tahan certain makanan, elakkan la. Benda mudah buat susah buat apa.

Kenapa nama dia berpantang cara melayu? Dah melayu saja ada amalan mengurut, tangas, bertungku. Kat zimbabwe takdak. Kat indon stail indon. Kat china stail cina. Sini melayu stail melayu lah. Diwarisi turun temurun supaya tak hilang ditelan zaman. Tapi seiring dengan perkembangan ilmu, skarang ni berpantang cara melayu pun dah ikut garis panduan KKM. Jangan jadi bengap sampai nampak tukang2 urut pun kita pandang rendah. No. Pengamal2 perubatan tradisional melayu under KKM ni power naharam kot. Depa pun blajaq anatomi. Kalau jadi apa2 masa bini hangpa dapatkan perkhidmatan depa, depa ni akan dikenakan tindakan. Siap ada uniform lagi. Jadi kepada yang nak berpantang, pi cari tukang urut yang diiktiraf under LPPKN. Selamat dan terjamin.

Kalau dulu kena polio hang kena habiskan masa seumur hidup dalam iron lung machine tu untuk terus hidup, bila ilmu dah berkembang hang cuma perlu ambik vaksin saja. Mudah kan bila ilmu berkembang? Sama lah dengan berpantang, nak berpantang silakan. Tapi biarlah seiring dengan perkembangan ilmu. Doktor2 pun bukan bagi nasihat buta2, depa bercakap berlandaskn ilmu, kalau rasa2 ignorant takmau terima ilmu, nanti pesan kat anak2 "adik nanti blajaq pandai2 na, esok besaq jadi bani jamu. Make me proud bebeh".


You May Also Like

2 comments

  1. saya pilih berpantang. lain orang lain pemikiran ye dak. jadi kita raikan lah ja lah perbezaan. nak kata pa lagi dah. huhuhuhuhuhu

    BalasPadam
  2. saya percaya pada pantang sebab ia berkaitan dengan kesihatan. badan kita kan nak pakai lama...

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0