10 Cara elak dari pembuli

1Bersama dengan rakan-rakan atau keluarga
Bersama dengan rakan-rakan semasa rehat, di taman permainan atau di dalam bas – di mana pembuli sering berada. Tawarkan untuk melakukan perkara yang sama untuk rakan-rakan.
2Elak daripada pembuli
Gunakan tandas yang berlainan sekiranya si pembuli berada berdekatan dan jangan pergi ke sesuatu tempat yang sunyi dan tiada orang. Pastikan anda bersama seseorang sekiranya anda tidak mampu mengelak daripada pembuli
3Abaikan si pembuli
Praktikkan cara untuk abaikan pernyataan yang menyakitkan. Dengan mengabaikan si pembuli, anda menunjukkan bahawa anda tidak peduli. Lama-kelamaan, si pembuli akan berasa bosan untuk mengganggu anda.
4Tahan kemarahan anda
Ianya adalah biasa untuk merasa sedih, takut atau menangis; namun, itulah apa yang disukai oleh para pembuli. Ia membuatkan pembuli berasa berkuasa dan hebat. Oleh itu, elakkan daripada menunjukkan emosi anda seboleh yang mungkin.
5Beranikan diri
Tegaskan kepada pembuli untuk berhenti membuli. Buktikan pada mereka bahawa anda mampu menjadi kuat dan elak daripada situasi yang buruk.
6Jangan mudah percaya
Jangan ambil mudah orang yang dipercayai walaupun rakan baik. Cuba dapatkan bimbingan keluarga.
7Bersekutu dengan yang lain
Jangan berahsia sekiranya anda mendapati pembulian berlaku. Bertindak dan adukan pada orang dewasa yang boleh dipercayai demi mangsa buli; – guru, pengetua dan ibu bapa boleh membantu untuk menghentikan pembulian.
8Jangan membuli orang lain
Kadangkala, kita mungkin melakukan atau mengatakan perkara yang tidak elok untuk menyakiti orang lain. Perbetulkan keadaan dan minta maaf sekiranya hal ini berlaku.
9Ubah keadaan
Tubuhkan satu kumpulan untuk memeriksa kawasan di mana pembulian sering berlaku. Bentuk juga satu kumpulan penyokong untuk orang yang pernah menjadi mangsa buli; dan bantu bercakap bagi pihak mereka.
10Hargai diri sendiri
Dibuli boleh membuat anda berasa teruk, namun sentiasa ingat bahawa anda adalah hebat sebagai diri anda.
Ingat, kes-kes buli boleh dihentikan sekiranya lebih ramai daripada kita bekerjasama membanteras pembulian.


Ulasan