Semoga Adib terbela
"Dari Petikan Facebook Wan Azizah Wan Ismail"
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Saya teramat hiba mendengar pemergian sdr Muhammad Adib. Beliau merupakan seorang wira.
Takziah diucapkan buat keluarga termasuk tunang beliau, sahabat handai dan seluruh warga Bomba.
Saya mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Adalah penting buat masa ini untuk seluruh warga Malaysia bersatu hati mengecam perbuatan jenayah ini.
Kita harus ingat bahawa ini bukan isu agama mahupun soal perkauman, akan tetapi ini merupakan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak berperikemanusian.
Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan tidak bertindak mengikut emosi.
Seluruh rakyat Malaysia berkabung kerana jenayah kejam ini tetapi biarlah proses undang-undang berjalan dengan lancar.
Keadilan pasti terbela.
Al-fatihah untuk Adib semoga kau tenang di sana. Kepada tunang Adib harap bersabar insyaallah jodoh akan bersama anda.
1 comments
BalasPadamنقل عفش من جدة الى دبي شركة شحن عفش من جدة الى دبي
نقل عفش من الدمام الى الرياض شركة نقل عفش من الدمام الى الرياض
ارخص نقل عفش بمكة ارخص نقل عفش بمكة
نقل عفش من جدة الى الاردن شركة شحن عفش من جدة الى الاردن
نقل عفش