Yusof tengok ultrasound adik


Reaksi anak sulung pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar ketika melihat rakaman imbasan ultrasound ibunya sememangnya mencuit hati.

Reaksi comel Yusuf itu dimuat naik oleh Hairul menerusi satu video pendek di akaun Instagramnya semalam.


“Awwwwww anak daddy dalam perut tengah work out ke tu, sorry mommy @haniszalikha i tak dapat teman hari ini buat pertama kali. By the way @theyusufiskandar excited sangat dia tu,” tulis Hairul.

Video itu jelas menunjukkan Yusuf begitu teruja sebaik sahaja melihat imbasan ‘adiknya’ dipaparkan menerusi skrin yang disediakan.

“Oww there, It’s baby,” katanya secara spontan mengundang ketawa kecil Hanis.

Sehingga kini, video itu telah mendapat lebih 600,000 tontonan dan hampir 700 komen.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya menyatakan rasa terhibur dengan telatah comel Yusuf selain mendoakan kesihatan Hanis dan bayi dalam kandungan.

Hanis berkahwin dengan Hairul pada 5 Jun 2015 dan kini Hanis sedang hamil anak kedua.

Foto: Instagram @hairulazreen



Ulasan

Catat Ulasan