SWEET CORN CRAB SOUP


​​
😋SWEET CORN CRAB SOUP

Bahan:

• Isi ketam, rebus dan keluarkan isi.
• Jagung tin, cream dan kasar
• Tepung jagung, campur air untuk pekatkan sup.
• Telur dipukul.
• Bawang merah hiris #
• Bawang putih hiris #
• Halia #
• Sedikit minyak untuk menumis
• Cukup rasa
• Gula sedikit
• Bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan.

Caranya:

Tumiskn bahan-bahan bertanda # sampai kekuningan. Kemudian masukkan isi ketam dan gaul sebati. Masukkn air dan tunggu sampai mendidih.

Dah mendidih masuk kan telur yang sudah di pukul perlahan-lahan dalam masa yang sama gaul perlahan-lahan sup tu.

Masukkan telur, masukkan lagi tepung jagung yang sudah di tambah air tadi, gaul sebati.

Masukkn jagung cream dan kasar dengan perlahan sambil dikacau.

Bila sup dah pekat baru masukkn cukup rasa dan gula sesedap rasa.

Hiaskn dengan bawang goreng dan daun sup. Ok done dan selamat mencuba.

-kredit MohdRadzi Ramli, Nasa Homestay Kg Pak Tuyu, Megabang Telipot. Sebelah kedai jilid buku praktikal.

Ulasan

Catat Ulasan