FAKTOR UTAMA IKLAN BERBAYAR GAGAL

by - Julai 24, 2018


TIGA FAKTOR UTAMA IKLAN BERBAYAR GAGAL :

1. Tidak menonjol.

Menurut kajian, manusia terdedah kepada 4000 iklan sehari. Buka TV, FB, Google, nampak iklan. Buka radio, dengar iklan. Keluar rumah, masuk lebuhraya, nampak iklan. Buka akhbar, majalah, nampak iklan.

Apabila iklan kita tidak menonjol dan tiada keunikan, maka kita tenggelam.

Kita hanya ada 6 hingga 8 saat untuk buat orang berhenti. Maka kuasai 2 perkara ini :

+ Visual menarik (gambar atau video).

+ Tajuk (headline) ringkas, padat dan tepat pada sasaran. Buang perkataan tidak perlu.

.
2. Isi iklan yang tidak ada kaitan atau kurang kaitan dengan kehendak, keinginan dan ketakutan utama bakal pelanggan.

KENAPA PELANGGAN MEMBELI - Buat kajian hal ini.

Pegang juga kata-kata ini :

"Pengguna perlu berupaya untuk menggambarkan dalam minda mereka tentang produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan dalam kehidupan mereka SEBELUM mereka membeli. Barulah mereka berpotensi untuk buat keputusan membeli." - Hasbul 'Ariff.

.
3. Iklan serabut terlalu banyak perkara.

Kita memang pakar dalam produk kita. Kita memang tahu banyak perkara tentang produk kita.

Oleh itu, kita cenderung untuk memberitahu semua perkara yang kita tahu dalam iklan produk kita.

Salah satu faktor kegagalan marketers :

Mereka kurang jelas apa perkara penting yang ada kaitan paling rapat dalam kehidupan pelanggan (what messages that matters to the right people)

Lalu mereka rasa semua perkara penting. Maka semua perkara itu mahu disumbatkan ke dalam iklan, pada masa yang sama mahu sumbatkan juga masuk ke dalam otak pelanggan.

Mereka ada 1 perasaan ini - Rasa rugi jika tak sampaikan semua point. Rasa rugi jika tak target kepada semua lapisan masyarakat. Rasa rugi jika tak sampaikan 101 fungsi dan ciri-ciri produk.

Mereka pakai teknik 'gerak rasa' yang selalunya gagal.

Lalu iklan serabut. Letih otak nak hadam. Maka pelanggan sasaran abaikan
.
.
BERMINAT NAK TAHU LEBIH BANYAK TIP BISNES SEPERTI DI ATAS? KOMEN "SAYA NAK" SEKARANG!
.
.
Nota : Bisnes tak mudah, tak juga susah apabila kita mempunyai ilmu. Didoakan anda tabah hadapi segala cabaran. Ingat satu perkara, KEJAYAAN lebih cepat kita capai apabila kita konsisten buat penambahbaikan. Sampai ia menjadi!
.
.

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0