Saya bukan cina tetapi saya malaysian


Apa rasanya lepas dengar Lim Guan Eng jawab; ‘Saya bukan Cina. Saya orang Malaysia’ Tuan-tuan?

Rasa seronok kan?

Apa rasanya nampak PM boleh jawab soalan wartawan steady je depan TV live?

Rasa konfiden kan?

Inilah rasanya jadi rakyat dalam negara yang bermaruah. Menteri cerdik, jawapan mereka membangkitkan semangat kita semua.

Kenapa kita rasa semua ni? Sebab kita dah terlalu lama dapat Menteri kangkung. Bila tanya kenapa harga barang naik, Menteri jawab mana ada barang mahal. Bila kita marah, depa jawab kalau tak suka keluar negara. Bila kita tanya apa nak buat dengan orang miskin, depa tak mengaku ada orang miskin dalam negara ni.

Bila kali terakhir kita dengar Menteri Kerajaan BN jawab soalan yang boleh membangkitkan semangat rakyat? Tak pernah kan? Apa yang berlaku sebenarnya adalah projek pembodohan rakyat oleh parti Umno-BN.

Hari ini, Umno-BN meletakkan kesalahan ke atas bahu Najib Razak. Ya kita berterima kasih sebab depa slow. Kalau depa buat sebelum PRU, masak juga kita nak jadi pembangkang sekarang ni. Tapi kita kena perhatikan, di mana ahli Umno-BN yang lain semasa semua skandal wang, rasuah dan penyeksaan terhadap rakyat ini berlaku?

Mereka juga harus bertanggungjawab kerana selama ini senyap dan berdiam diri ketika rakyat semakin miskin dan tertekan, tak punya rumah serta hidup dihimpit kos sara hidup yang luar biasa. Bahkan secara terang-terangan menyokong pembaziran dan politik wang.

Macai BN Masih X lepas dengan kata mana janji manifesto pakatan harapan gst harga minyak turun mana. Umur 93 masih berkerja untuk rakyat Malaysia kenapa korang yang masih muda minta duit pada negara malulah sikit.

Mahathir ada perancangan tak perlu pihak pembangkang mempertikaikan kabinet menteri kewangan, menteri pentahanan ke.
Abang Mat kasi tembak sikit mulut longkang yang rasis tu.


Ulasan