Takut nak kahwin

Ada seorang kawan yang aku jumpa meluahkan rasa takutnya utk berkahwin..

" Sekarang aku enjoy jer. Duit aku ada.. Bg org tua. Kalau dah kawin nanti, nak kena bg bini.. Pastu kalau ada anak, nak kena standby utk persekolahan mereka. Sekarang ni bukan murah dah nk besarkan anak. Persekolahan mereka je dah abis berapa. Kecil kecil masuk tadika.. Abis berapa dah? Darjah satu mesti dah kena pandai baca dan mengira. Fuhhhh.. Dah la aku kena cari duit. Pastu kena luang masa nk ajar anak. Gaji aku bukan byk sgt mcm gaji CEO yang tak perlu buat byk kerja!

Menakutkan sungguh zaman sekarang. Duit kena ada byk. Insuran.. Tabung masa depan. Dah tu, bilanya aku dpt masa utk diri aku sendiri? Ni baru nak lepak.. Dah bini call. Suh balik jaga anak lak. Aduhh...

Tu sebabnya aku tak kawin sampai sekarang. Perempuan lak dah demand mcm mcm sblm kawin. Wajib ada rumah.. Kereta. Kerja bagus.

Baik simpan duit, gi travel. Puashati tgk negara orang. Kalau dah sampai jodoh,  kawin je la. Apa nk buat kan? ".

Aku mampu tersenyum. Bab sekolah tu, aku angguk. Tak nafikan. Qhaliff yg baru 6 tahun pon dah byk kerja sekolah. Kesian. Di mana zaman kanak kanak mereka? Mak bapak sendiri kelam kabut dok cari duit.. Semata mata nk besarkan anak anak..

Hurmm... Kehidupan mesti diteruskan. Nak buat camana kan?

Kredit :- ben ashari

Ulasan

Catat Ulasan