Yayasan bukhari

by - Januari 09, 2018

Memang terkesima dengan Tan Sri Syed Mokhtar. Bukanlah kerana kayanya dia. Tetapi "low profile" nya dia..

Tan Sri Syed Mokhtar, Andalah Idola Sebenar Usahawan Melayu!

Semenjak saya baca komen kecaman kepada saya kononnya saya sebarkan benda buruk mengenai 3 ‘usahawan’ kaya raya meliana bayar zakat juta-juta tu, kali ni saya tak mau tulis kecaman dah, nak tulis benda baik (memang selalu tulis pasal CEO baik pun, sekali tu je kecam 3 orang terus). Budak wechat baru nak up kata apa “positive vibe”

2 tahun lepas (2016) selepas solat hari raya Aidil Adha di Masjid Al-Bukhary, Kedah. Saya bersolat raya di sana. Kebetulan terserempak dengan Melayu paling kaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Pengerusi Yayasan Al-Bukhary. Berkain pelikat, berbaju melayu kapas biasa dan bersongkok. Tiada pengawal dan juga tiada pegawai bersama. Dia seorang.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di Malaysia. Pelbagai jenis bidang perniagaan dia ada. Makanan (beras dan gula), tenaga (IPP), perkapalan, hinggalah perladangan sawit. Tak perlu ceritalah bagaimana beliau bangunkan empayar ini semua boleh baca dari buku-buku yang ditulis mengenai beliau. Tidak memerlukan mak untuk berkongsi kilang OEM kosmetik, tidak perlu buat perkara bodoh dan lucah untuk projek pemasaran, tiada akaun Instagram nak menunjuk kekayaan dia ada, hingga nak cari ucapan beliau di Youtube pun tiada. Yang ada hanyalah beberapa temuramah wartawan akhbar bertulis yang mencatatkan isi perbualan, bukan video dan suara beliau. Tak perlukan ‘self-branding’ untuk pemasaran nak kaya seperti alasan penyokong-penyokong 3 usahawan runtuh akhlak tu berikan.

Inilah yang dikatakan rendah diri. Tak perlu pergi negara ‘mat salleh’ dan makan tepi jalan nak tunjuk rendah diri. Tidak memerlukan video makan atas lantai dalam rumah walaupun ada meja makan beratus ribu harganya untuk katakan dia ni tidak berlagak. Tidak perlu semua itu. Yang perlu beliau diam dan tidak mempublisitikan kekayaannya. Walaupun begitu, semua orang tahu dia kaya. Lagi kaya dari 3 usahawan yang kejar pemasaran diri dan bermasalah itu.

Semua yang membaca bukunya tahu bahawa Tan Sri hanya pakai kereta buatan Malaysia iaitu Proton Perdana yang tentunya beliau tidak perlukan alamat di Sarawak untuk mendapatkan ‘diskaun’ cukai jalan.

Manusia yang punyai billion dollar ini juga tidak perlu video kira duit secara manual untuk membuktikan dia punyai banyak duit. Cukuplah majalah Forbes yang mengiktiraf kekayaannya. Beliau juga tidak perlu beritahu manusia sejagat di atas dunia ini berapa zakatnya setahun, berapa sumbangannya kepada orang miskin dan berapa pusat anak yatim yang beliau ada untuk raih simpati dan naikkan populariti dirinya.

Walaupun beliau tidak cerita, semua orang tahu Tan Sri punyai Yayasan Al-Bukhary sebagai medium beliau salurkan bantuan. Siapa anak miskin di Kedah pasti dapat sentuhan belai beliau. Bukan sahaja di Kedah, malah orang miskin di dunia pun beliau bantu. Saya pernah sekali ada sesi perjumpaan bersama bekas Naib Canselor Universiti Al-Bukhary (kini Pengerusi Lembaga Pengarah USIM), Tan Sri Prof. Dzulkifli Abdul Razak. Beliau ceritakan orang-orang miskin yang di bawa Tan Sri Syed Mokhtar untuk belajar di Malaysia ni bukan calang-calang miskinnya. Miskin sampai tahap apabila diberi asrama lengkap tilam dan bantal semua mereka tidak reti menggunakannya. Apabila ditegur kenapa mereka tidur di atas lantai, mereka menjawab, mereka biasa dan selesa begitu, tidak pernah merasa tidur atas tilam. Takut tidak selesa. Begitu sekali sumbangan Tan Sri.

Wahai peniaga riya’ sombong serta bongkak sekalian. Belajarlah dari leluhur ini. Beliau bukan baru mula dua tiga tahun ini berniaga seperti anda sekalian. Beliau dah berniaga dan menjadi usahawan semenjak anda masih di alam lauh mahfuz lagi dan beliau dah membuktikan beliau berjaya apabila perniagaanya berkembang maju. Anda buat syarikat tak sampai 10 tahun lagi dah mula berlagak begitu, jangan sampai 10 tahun berikutnya anda jatuh bankrap dan manusia lain gelakkan anda. Sejarah pernah buktikan demikian. Lihat apa jadi pada Nokia, Kodak dan MAS. Jangan terlalu mendabik dada.

Setiap kali saya bertemu Tan Sri ingin juga saya bergambar bersama beliau, tetapi beliau menolak kerana takut ramai lagi akan ikut saya bergambar. Beliau tidak suka dikerumuni seperti yang disukai usahawan-usahawan ‘self-branding’. Ini baru betul-betul kaya. Bukan kaya palsu sampai nak bayar cukai kereta pun kena pergi sampai Malaysia Timur. Cukuplah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lepas dan buatlah permulaan baru yang baik.

Buat penyokong-penyokong usahawan kosmetik-kosmetik palsu tersebut, ingatlah, anda sedang menyokong dan menyorak kepada perkara yang salah. Anda sedang menggalakkan perkara yang meruntuhkan moral atas alasan, “itu marketing dan tidak mengapa”. Ingat, dajjal datang nanti lagi banyak duit dia bawa. Kalau Allah datangkan usahawan 3 manusia ni pun dah terlalu ramai menyokong dan ikut bermati-matian sampai sanggup ugut saya, bagaimana la ketibaan dajjal nantikan? Mesti ramai bagi alasan “aku ambik duit dia bagi je, bukan ikut dia pun.” Benarlah kata nabi, hingga mereka ikat diri-diri mereka di pokok pun, ikatan akan terlerai dan mereka akan menjadi pengikut dajjal. Takutnya. Semoga Allah selamatkan kita semua dari fitnah dajjal laknatullah...

You May Also Like

2 comments

  1. Wah, sangat mendalam Mizi. Zumal amat bangga dengan Tan Sri dan rasa seronok sebab dulu dapat menginap kolej kediaman Yayasan All Bukhari di sebuah U kat utara selama 3 tahun...

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0