Syurga tapak kaki suami

Seorang wanita bernama Rohanita yang berasal dari Puchong melanggar hukum Allah s.a.w dan hadis. Kononya hadis yang mengatakan isteri perlu taat perintah suami itu bodoh. Beliau menyifatkan isteri tak perlu taat pada suami dan kena lebihkan ibunya sendiri.

Suami kita perlu hormat tak perlulah nak taat. Kata beliau di facebook dengan rasa bangga sekali kerana memperlakukan suami beliau seperti hamba tanpa rasa bersalah. Sanggup minta cerai pada suami jika suami tidak beri duit belanja dan tidak mendengar arahan beliau. Di sebabkan rasa sayang pada isterinya suami beliau ikut kehendak isterinya.

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” – (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” – (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban).

Betapa Rasulullah s.a.w menyuruh kita taat kan suami dan kalau si isteri menderhaka kepada suaminya.., walaupun cuma keluar tanpa izin. Maka jadilah si isteri tadi isteri yang nusyuz.., dan sesungguhnya isteri yang nusyuz tidak layak di syurga Allah!

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” – (Riwayat Muslim)

Kebelakangan ni mcam-macam kes tentang suami isteri dapat kita dengar, si isteri dah pandai mintak cerai sebab kononnya boleh hidup sendiri. Kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya baca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :

“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ maka haram baginya bau syurga.” – (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN.

Sebagaimana Sabda Rasullullah s.a.w“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki”

Sabda baginda lagi.., “Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!”

Ulasan