1 video hampir rm1juta

by - September 21, 2017

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), mengakui kos pembikinan muzik video lagu 'I Am Me' mencecah hampir RM1 juta.

DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, berkata, disebabkan mahukan kelainan dalam muzik video itu dia melaburkan duit yang agak banyak untuk menanggung kos pembikinan, kostum dan barang kemas.

"Kos keseluruhan hampir sejuta. Saya membeli khas barang kemas untuk dipakai ketika penggambaran. Bukan apa, ini konsep yang ingin ditonjolkan sesuaidengan lirik lagu.

"Kos pembikinan mencecah RM180,000, pakaian dan prop RM80,000, prop tambahan RM30,000, cincin berlian RM300,000 dan beberapa barangan kemas lain bernilai ratusan ribu.

"Muzik video ini sangat mewah dan luar biasa. Ini muzik video pertama seumpamanya di negara kita yang digarap sebegitu. Diakui proses pembikinan sangat susah ditambah dengan jadual kerja saya yang padat.

"Saya bukan riak tetapi mahu ekspresikan lirik 'living lavida' yang berkaitan dengan duit. Ini kerana bila bercakap pasal duit, ia memang menarik minatorang.

"Semua elemen kemewahan yang digambarkan diterapkan dalam muzik video ini. Apa saya boleh katakan, ia memang menarik dan tidak sabar menunggu hasilnya," katanya.

Muzik video arahan Ghaz Abu Bakar itu bakal dilancarkan hujung bulan ini.

You May Also Like

2 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0