Datuk Yusof Haslam marah anaknya

by - Ogos 15, 2017

Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam bertekak dengan anaknya sendiri, Syafiq Yusof kerana filem Abang Long Fadil 2.

"Filem Abang Long Fadil 2 telah menjalani penggambaran pada penghujung 2015. Penggambaran berlangsung selama 65 hari.

"Banyak perkara yang berlaku ketika penggambaran filem ini dijalankan. Kadangkala, Syafiq mengambil masa yang lama untuk menyiapkan beberapa babak.

"Saya bertekak dengan Syafiq kerana babak pertarungannya mengambil masa enam hari untuk disiapkan. Saya tak faham kenapa Syafiq ambil masa terlalu lama.

"Namun begitu, segalanya berubah selepas saya melihat hasilnya. Saya sendiri terharu melihat hasil kerja Syafiq yang kemas dan babak tersebut benar-benar menjadi," kata Yusof kepada Astro.

Kagum dengan hasil kerja anak sendiri, Yusof tidak menjangkakan Syafiq boleh menjadi pengarah serba boleh.

"Bermula dengan filem SAM yang mengangkat genre psycho thriller, Syafiq mencuba pelbagai genre filem. Kini, Syafiq tampil dengan filem aksi komedi.

"Saya sendiri memantau perjalanan kerjaya Syafiq dan terharu dengan hasil kerja yang ditonjolkan. Semoga Syafiq akan lebih berjaya di masa akan datang," katanya. 

Abang Long Fadil 2 dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, Datuk AC Mizal, Achey, Tania Hudson, Wak Doyok, A. Galak dan ramai lagi.

Filem kerjasama pertama Skop Production dan Astro Shaw ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 24 Ogos 2017.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

You May Also Like

1 comments

  1. Menarik ni...teguran ayah pada anaknya yang mengharapkan kebaikkan..

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0