Adab melawat ibu bayi ketika pantang

Ketika melawat anak dalam pantang .....

Sedara 1 : Amboiii... tembamnya pipi macam kuih pau....

Sedara 2 : Tula... ni muka ikut ayah dia ni... hensem

Sedara 1 : Taklah... dia ikut mak dia.. cuba tengok betul2.. kulit gelap macam mak dia...

Sedara 3 : Betullah... tapi hidung dia ikut ayah ni.... mancung... nasib tak macam mak dia....

Dahlah penat mengandung & lahirkan anak ni tak hilang lagi..... yang complain & datang sakitkan hati ni ramai pulak....

Nak melawat ibu & anak ketika berpantang ada adab dia.. ada cara dia.. Katakan mommy tak bersedia nak terima tetamu masa berpantang, mommy boleh untuk hanya 'cuba larikan diri' dengan bagi alasan... nak menyusu.... =)

Kepada yang nak melawat orang dalam pantang... ini 10 adab...

1. Fikir keselesaan ibu - Ada sesetengah orang, bila tau saja sedara nak lahirkan anak, satu kapal turun hospital serbu. Sebab? nak meraikan bayi yang baru lahir. Tak salah sebenarnya. Yang jadi salah tu bila melepak lama tepi katil dengan ibu yang baru lahirkan baby ni. Punyalah mak dia ni baru nak belajar menyusu lah, nak belajar dukung baby... dengan tak selesa sebab baru lahir... tu belum lagi tambah dengan 'ahli bijak pandai' yang bagi macam macam idea & cadangan. Sabaq sabaq.....

2. Cuci tangan - Ni ramai tak buat. Dia nampak tangan 'macam' bersih, so sentuh baby macam tu saja. Paling sedih bila ada yang bawa madu siap suap suap guna jari pada baby. Bertahnik katanya. Allah.... banyak jenis kuman boleh dipindah masuk dalam badan baby disebabkan 'perangai' orang orang macam ni... Kalau betul2 niat  nak bertahnik.. cuci tgn sebersih bersihnya.. =)

3. Demam batuk pun sibuk nak melawat baby - Buat ibu yang nampak orang 'berpenyakit' datang nak melawat ni cepat cepat masuk bilik, bagi alasan nak bagi susu. Jangan orang tu datang bilik sebab nak cium sudah. Allah....

4. Melawat ikut suka masa - Ada yang melawat baby time maghrib, ada jugak yang jenis tak tahu nak balik cepat & siap melepak sampai makan malam pun kat rumah tu. Ramai yang tak faham prinsip kasihankan orang. Sebetulnya call dulu tuan rumah sebelum datang melawat, & lepas melawat tu seeloknya balik, sebab ibu yang tengah pantang ni tak boleh duduk lama lama. Dia kena baring menyembuhkan luka bersalin.

5. Dia ambik gambaq den upload kat Facebook pulak - Ni memang pantang bagi ibu yang baru melahirkan anak. Dahla gambar anaknya diambil sesuka hati tanpa keizinan, dengan flash pulak tu... pastu siap post di FB bgtau "teringinlah nak kawin & ada anak".... Kasihanilah ibu berpantang ni. Jangan bebankan diorng dengan perangai perangai pelik.

6. Bersihkan diri - Elakkan mendekati bayi sekiranya anda tidak bersih, baru pulang dari kerja, dibasahi dengan peluh & asap rokok. Asap rokok boleh menyebabkan bayi mudah dijangkiti penyakit berbanding orang dewasa.

7. Perfume - Punyalah semangat nak jumpa baby, siap ada yang pakai perfume 1 botol. Habis wangi satu rumah. elakkan. Ia bukan saja membuatkan orang sekeliling tidak selesa malah untuk bayi juga. Alkohol yang melekat pada baju tidak bagus buat bayi sekiranya terkena pada kulitnya.

8. Order makanan - Jangan sesekali minta minuman apatah lagi order makanan. Selalunya rumah orang berpantang ni bz dengan nak siapkan segala rawatan & makanan untuk ibu benpantang ni so janganlah bebankan isi rumah dengan perangai anda.

9. Tenung ibu sedang menyusu - Haisshh..ni memang pelik. Ibu nak menyusu pun kena minta kebenaran, sepatutnya orang yang melawat tu yang kena minta kebenaran untuk keluar dari bilik dan biarkan ibu menyusu. Ada juga pelawat yang jenis suka tenung bila ibu menyusu, siap tanya lagi susu banyak ke tak....

10. Pakar perbidanan - Masa berpantang ni lah macam macam dugaan lah yang akan menyerang. Orang orang biasa yang tak ada pengalaman bersalin pun siap nasihat macam macam. Elakkan daripada menasihati ibu berpantang ni. Biarkan dia berehat. Saboo jela...

Ingatkan Hagemaru ja ada carta 10 perangai pelik, rupanya masyarakat sekeliling kita pun ada.

Buat ibu yang sedang berpantang, lalui tempoh berpantang tanpa stress. Kawal emosi 👌

Ulasan

  1. Yeahhhh.. setuju sangat semua ni.. Kengkadang ada yang tak faham situasi ni.. Kite pulak yang dalam pantang ni nak kene faham dorang.. huhuhu

    BalasPadam
  2. I was very impressed by this post, this site has always been pleasant news. Thank you very much for such an interesting post. Keep working, great job! In my free time, I like play game: imgtaram. What about you?

    BalasPadam

Catat Ulasan