Kanak-kanak 7 tahun hantar surat ke ceo google

by - Februari 20, 2017

Baru berusia 7 tahun, kanak-kanak perempuan ini sudah mempunyai rancangan yang baik untuk masa depannya. Untuk memberitahu tentang perancangannya, dia telah menulis surat kepada Google untuk meminta kerja dan surat tersebut mendapat perhatian daripada CEO Google sendiri, Sundar Pichai dan sebuah surat balasan telah ditulis oleh Pichai sendiri.

Apakah isi surat tersebut sehingga CEO Google tertarik untuk membaca dan membalasnya? Ini kandungan surat tersebut:
Melalui surat bertulisan tangan tersebut, kanak-kanak tersebut, Chloe menjelaskan bahawa dia mahu bekerja di Google apabila dewasa kelak. Dia juga menyatakan bahawa dia juga mahu bekerja di kilang coklat dan memasuki pertandingan renang di sukan olimpik. Di dalam surat itu lagi, Chloe juga memberitahu dia suka akan komputer dan memiliki tablet untuk dia bermain permainan komputer. Menurutnya lagi, guru-gurunya juga memujinya dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia seorang yang sangat pandai.

Dia menulis surat tersebut selepas ayahnya menyuruhnya menulis surat ‘permohonan’ pekerjaan di Google jika benar dia mahu bekerja di Google. Apa yang menariknya, surat tersebut mendapat perhatian CEO Google dan beliau telah membalas surat Chloe.

Dalam surat balas tersebut, Pichai mengucapkan terima kasih kerana Chloe menulis surat tersebut kepadanya. Dia senang apabila mendapat tahu bahawa Chloe suka akan komputer dan robot dan dia berharap agar Chloe akan terus belajar mengenai teknologi. Menurutnya lagi, dia Chloe bekerja keras dan mengikut impiannya dia akan dapat mencapai apa yang dicita-citakan- daripada bekerja di Google mahupun berenang di olimpik. Apa yang paling menggembirakan apabila Pichai turut menyatakan hasrat untuk menerima surat permohonan Chloe apabila Chloe sudah tamat belajar nanti!

You May Also Like

3 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0