Ramai yang mengkritik mengatakan pokemon go ini games merbahaya kerana anda boleh berhenti kerja dan buat duit jual pokemon go yang anda cari. Waktu pagi lepas bangun pagi anda boleh cari pokemon dan menjualnya. Mungkin boleh tengok video ini.
Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?
Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?
Mari kita baca jawapannya...
------------------------------------------------
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Satu
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)
👳✏️Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?
👳✏️Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Dua
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Tiga
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.
Empat
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Lima
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.
Enam
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.
12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.
15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.
Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah
Mawaddah imani binti tarmizi. Selamat datang abah ucapkan kedunia baru. Selepas ini kamu akan melangkah ke dunia yang penuh muslihat. Jangan sesekali takut ataupun gentar anakku. Abah tau kamu pasti boleh lakukan buktikan pada dunia anak abah boleh lakukan. Anak abah tak takut pada rintangan. Anak abah ini seorang yang berani terima semua dugaan dan kepercayaan. Harumkan nama abah dan ibu nanti ye bila kamu sudah dewasa. Buka mata mereka supaya menjadi anak yang berguna suatu hari nanti. Walaupun suatu hari nanti kalau abah tiada di sisi kamu lagi. Mawaddah imani dalam nama islam cinta kasih kepercayaan.
Klik link di bawah untuk mengetahui nama maksud anak anda.
http://name.crazyartzone.com/mobile.asp?
Senarai Nama | Himpunan Nama-Nama Indah Dalam Islam
Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik
[Forwarded from DakwahPsychology (Dr.qslqmhqzlqmi ⚔)]
Sedikit tazkirah untuk hari ini ye..
Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-------------
Pinjam 1 minit, baca ayat ni ..
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
Sumber : telegram.me/mizisempoicom
Aku dah grad UIA. Cerita ini memang cerita yang betul, cerita hidup aku sendiri. Buka nak membuka pekung di dada tetapi ada mesej yang ingin aku sampaikan.
Di UIA, aku kenal seorang perempuan ini. Dua tahun kami berkawan dan selepas grad, masing-masing mendapat kerja. Jadi kami pun merancang untuk kehidupan yang seterusnya iaitu kahwin selepas grad.
Alhamdulillah, masing-masing dah dapat kerja. Kemudian kami bertunang selama 3 bulan.
Sementara itu juga, aku buat perniagaan printing baju dengan rakan. Saja nak menambah duit poket, boleh dibuat belanja kahwin sedikit sebanyak. Selain itu, kami buat bisnes online. Kebanyakkan orang nak order baju akan mesej kitorang terus.
Tinggal sebulan saja lagi aku nak disatukan dengan tunang. Semua persiapan hampir siap dan semua sudah ditempah. Kad jemputan juga telah diedarkan. Sewa kanopi, bagai semua dah hampir selesai. Tunggu hari kejadian sahaja. Malam itu, semua keluarga aku berkumpul berbincang mengenai majlis kahwin aku. Abang-abang dan kakak-kakak aku semua bagi nasihat rumah tangga pada aku, sebelum mendirikan masjid ini semua.
Memandangkan aku anak bongsu dalam keluarga, aku dengar sajalah semua nasihat abang dan kakak. Semua tengah meriah bagi tips dan nasihat itu ini, tiba-tiba aku mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Tetapi tak hairan sangat kerana menyangka itu mungkin panggilan dari pelanggan yang mahu menempah baju. Aku jawab panggilan itu, senyap dan tiada salam ataupun hello. Jadi, aku pun tamatkan panggilan.
"Mungkin salah nombor agaknya?" bisikku dalam hati.
Tidak berapa lama kemudian, nombor itu menghubungi aku lagi. Kali ini ada suara lelaki yang bertanya.
"Ini Hafiz ke?"
"Ye,"
"Boleh tak aku nak jumpa dengan kau?"
"Siapa ni?"
"Saya nak tempah baju," katanya.
"Biasanya saya tak jumpa customer kalau nak order baju. Cuma bagi details melalui WhatsApp pun boleh sebab sekarang saya tengah sibuk menguruskan majlis kahwin tak lama lagi. Jadi, tak sempatlah berjumpa," jelas aku.
Tetapi dia enggan mengalah, dia memujuk aku untuk berjumpa dengannya sebab ada banyak helaian baju yang ingin ditempat dan dia juga memppunyai desing dia sendiri.
"Kalau begitu, nak saya minta tolong rakan niaga saya pergi berjumpa dengan encik. Tak pun, tak payah jumpa pun tak apa. Cakap saja berapa helai yang dimahukan dan design pun encik boleh hantar melalui emel,"
Namun, lelaki itu tak bersetuju. Sekali lagi dia berkeras nak berjumpa dengan aku.
"Sama saja kalau rakan niaga saya jumpa encik pun. Sebab dia pun tahu selok belok nak order baju," jelas aku lagi.
"Aku nak bercakap pasal tunang kau," katanya.
Aku tersentak bila dia kata nak bercakap dengan tunang aku. Nak cakap apa?
"Eh? Tadi kata nak order baju. Sekarang nak cakap tunang saya kenapa pula? Saya tak kenal pun encik,"
"Aku kenal kau. Aku cuma nak cakap yang tunang kau tu dah 'rosak'. Dah banyak kali 'main' dengan aku," katanya.
Aku dengan tiba-tiba menyergah dia dalam panggilan telefon itu.
"Kau tak kenal aku, kau tak kenal tunang aku. Jadi baik kau jangan buat fitnah sebelum aku report polis!" angin kemarahan sudah tiba.
Lelaki itu cepat-cepat memberitahu aku nama penuh si tunang. Aku menjadi cuak, bagaimana dia boleh mengenali tunang aku?
"Kalau kau tak percaya, nanti aku WhatsApp gambar," katanya.
Aku terus tamatkan panggilan dan matikan handphone. Fikiran aku menjadi serabut. Iyalah, tiba-tiba saja mendapat panggilan dari orang yang tidak dikenali dan siap beritahu nama penuh tunang, dan cakap tunang kau dah rosak semua siap nak tunjuk bukti semua.
Aku ambil kunci kereta dan aku keluar dari rumah pada malam itu.
"Hafiz, jangan keluar lama-lama. Dah lewat malam ni. Orang darah manis tak elok keluar malam," pesan mak dari dalam rumah.
"Hafiz nak lepak dengan kawan jap mak," balas aku.
Waktu itu dah jam 10.30 malam. Mak aku macam pelik, aku jarang keluar lepak dengan kawan lewat-lewat malam begini. Aku pun tak tahu nak pergi ke mana.
Dalam hati aku kuat mengatakan tuduhan lelaki itu tadi adalah fitnah. Aku kenal tunang aku. Aku pergi lepak seorang diri di McDonald. Sampai saja di situ, aku hidupkan semula handphone dan ada WhatsApp dari tunang yang bertanya aku di mana sebab mak beritahu dia yang aku keluar tak balik-balik lagi dan call pun tak dapat. Aku hanya sekadar membaca mesej itu tanpa membalasnya.
Kemudian masuk pula mesej dari nombor yang aku tidak kenal, mesej dari lelaki tadi. Banyak gambar yang dihantar kepada aku tetapi aku tak download pad awaktu itu sebab belum bersedia untuk melihat gambar-gambar itu semua. Tetapi hati aku teringin nak tahu.
Aku kuatkan hati jantan aku dengan mendownload semua gambar-gambar itu.
Ya Tuhan.....! Remuk hati aku pada waktu itu. Rupa-rupanya dia hantar gambar tunang aku dengan dia yang tengah selfie di mana entah. Tetapi tangan dia merangkul kemas pinggang tunang aku seakan-akan berpelukan. Gambar tunang aku yang free hair, selfie hanya pakai singlet. Aku sendiri pun tak pernah tengok tunang aku dalam keadaan seperti itu. Patah hati aku pada waktu itu.
Aku tak balasm dalam kepala aku cuba berfikir positif dan menenangkan diri ini. Pada waktu itu aku cuba fikir bahawa lelaki ini sengaja mahu merosakkan hubungan kami. Aku fikir semua gambar-gambar itu telah diedit. Tetapi hati aku kuat mengatakan bahawa itu adalah tunang aku.
Selepas itu, dia mesej lagi.
"Aku tahu semua tahi lalat tunang kau di mana, tanda lahir tunagn kau di mana dan semua benda-benda sensitif tunang kau aku tahu," katanya.
Aku tak tahu pun semua itu, aku tak tahu tahi lalat dan tanda lahir tunang aku di mana, ak utak tahu rambut tunang aku paras mana. Semua aku tak tahu. Menangis aku pada waktu itu juga. Aku cuba tahan tetapi air mata jantan aku keluar juga.
Malam itu, aku balik rumah jam 3 pagi. Membebel mak aku. Katanya dah kahwin tak boleh dah lepak sampai lewat pagi dengan kawan-kawan. 3 hari aku tak layan tunang aku. Aku cakap yang aku tengah sibuk printing baju. Tak sempat nak melayan dia yang mana sebenarnya aku rasa nak tampar dia pun ada kalau dia berada di depan aku pada waktu ini.
Seminggu selepas itu, aku hubungi lelaki itu dan ajak berjumpa untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut. Kami berjumpa, dia ceritakan satu persatu pada aku, sebelum aku kenal tunang aku, tunang aku dah ada teman lelaki. Mereka sudah terlanjur banyak kali dan sudah buat macam-macam.
Dia juga menunjukkan perbualan WhatsApp mereka (lama) yang tak ubah seperti perbualan lucah. Waktu itu aku rasa mahu saja tumbuk muka lelaki itu tetapi aku berada di tempat awam, maka aku tahankan saja.
"Aku tanya kau satu saja. Apa tujuan kau beritahu aku semua ini?" soal aku.
"Aku cakap sebab aku tak nak kau jadi dayuslah gila. Perempuan itu sudah rosak. Aku yang rasa dia dulu," katanya.
Celaka! Aku balik macam itu saja. Tiap hari aku menangis, sebak sayu semua ada. Majlis perkahwinan kami hanya tinggal dua minggu saja lagi. Apa yang patut aku buat? Aku tak beritahu sesiapa lagi tentang hal ini. Aku tak tanya tunang aku lagi. Aku diamkan diri sahaja.
Waktu itu aku dekatkan diri dengan Tuhan, aku buat istikharah setiap malam, aku buat solat hajat, aku mohon betul-betul dengan Tuhan. Aku fikir aku nak saja memutuskan pertunangan dan batalkan majlis kahwin. Tetapi aku fikir itu semua mustahil dan akan menyebabkan keluarga aku malu sendiri. Lagi pun mak aku lemah jantung, bakal mak mertua aku pun tak sihat, ada darah tinggi. Aku bimbang mereka terkejut jika mereka mendapat tahu tentang hal ini. Tetapi aku tidak kuat, lemah dan tak tahu apa nak buat.
Aku sendiri tak pernah menyentuh tunang aku walaupun tangan dia sekali pun. Aku benar-benar sayang pada tunang aku. Aku merungut, mengapa aku mesti mendapat ujian seperti ini? Aku fikir kalau aku kahwin nanti, macam mana dengan keturunan aku? Dayuskah aku? Semua keliru, aku tak tahu nak pilih yang mana. Aku tak mendapat sebarang petunjuk dari istikharah sampailah aku dengar khutbah Jumaat di masjid rumah aku.
Tajuk khutbah Jumaat hari itu, peluang kedua. Dalam khutbah itu kata, semua orang berhak diberikan peluang kedua tak kisahlah jahat atau baik. Malah orang itu patut diberi peluang kalau dia benar-benar mahu berubah. Kita ini siapa nak menghukum orang? Seeloknya bukakanlah hati untuk memberi peluang kedua. InshaAllah Tuhan mempermudahkan urusan.
Terngiang-ngiang dalam kepala aku khutbah Jumaat hari itu. Majlis tinggal seminggu saja lagi dan aku masih tak mendapat apa-apa petunjuk.
Aku buat keputusan untuk bertemu dengan tunang. Hari itu aku jumpa dia dengan membawa hadiah. Aku hadiahkan dia sepasang stoking dengan sepasang handsock. Dia agak terkejut dengan hadiah yang diberikan.
"Kenapa bagi hadiah ni?" soalnya.
"Pakailah stokin itu tutup kaki, handsock itu pakailah walaupun pakai baju lengan panjang. Tetapi tetap nampak lengan," tegas aku.
Dia agak keberatan hendak menerima apa yang aku katakan dan teragak-agak untuk memakai stokin.
"Pakai dulu, nanti saya belikan yang lebih cantik. Baru sedap nak pakai. Pakai pelahan-lahan baru lelaki tak usha. Jagalah aurat elok-elok. Pelahan-lahan, tak apa," kata aku.
"Kenapa? Awak cemburu ke?"
Eh? Panas pula hati aku, tetapi aku diamkan saja sebab dah mula rasa nak naik tangan. Tetapi disebabkan perempuan, aku tahankan saja.
"Bukan aku cemburu, sebab aku tak nak lelaki lain tengok aurat kau dah," getusku dalam hati.
Aku kumpulkan kekuatan untuk berterus terang. Aku tunjuk gambar dia dengan bekas teman lelakinya sedang bergambar berpelukan.
"Ini apa?" soalku.
"Mana awak dapat semua gambar-gambar ini?!" terbeliak mata dia dan tidak lama kemudian dia menangis teresak-esak.
"Kenapa menangis? Benda dah jadi pun. Kenapa tak terus terang saja? Kenapa tak cakap yang sebelum ini dah ada teman lelaki?" semua aku tanya sebab dah hampir sebulan aku pendamkan seorang diri sampai tumpah juga air mata jantan aku di depannya.
"Itu semua cerita lama. Saya dah tak berhubung dengan dia lagi. Lelaki itu cuma mahukan duit dan badan saya saja ketika bercinta.
"Sekarang, status kita macam mana? Awak nak tinggalkan saya dan batalkan majlis perkahwinan kita?" soalnya.
"Tak, kita teruskan saja. Majlis tak sampai beberapa hari lagi dah. Tipulah kalau aku tak sakit hati. Dah hancur berkecai pun hati ini sebenarnya.
Aku jaga dia elok-elok, alih-alih ada orang lain yang sudah menyentuhnya sebelum aku sentuh dia. Aku fikirkan maruah keluarga, fikir mak aku yang sakit jantung, aib tunang dan semualah aku fikir.
"Saya izinkan awak batalkan majlis perkahwinan kita. Saya malu dengan awak sebab saya dah rosak," katanya.
"Saya anggap ini semua ujian dari Tuhan pada saya. Mungkin ada kebaikan yang akan saya dapat kelak. Saya pun tak tahu ujian untuk saya membimbing awak sebagai isteri saya nanti.
"Walaupun dah jadi begini, sayang sayang pada awak masih kuat. Jadi hargailah. Cuma satu saya minta, tutuplah aurat itu dengan sempurna. Sebab itu saya hadiahkan stokin dan handsock, bukan saya suruh pakai tudung labuh dan purdah bagai. Cuma tutup mana yang asas sahaja. InshaAllah saya redha dengan ujian ini," kataku.
Pernah juga aku cuba memberitahu mak dan ayah mengenai hal ini. Tetapi itu aib tunang aku. Pernah aku cuba mahu membatalkan majlis dan tinggalkan tunang, tetapi aku paksa diri aku ingat balik semua kebaikan yang pernah dia buat pada aku dulu semasa berada di UIA.
Dia pernah bayarkan yuran aku separuh, pernah support duit makan bila aku dah tak ada duit. Dialah tempat aku jatuh bangun struggle di UIA selama 4 tahun. hal duit itu tak payah cakaplah, memang banyak dia tolong aku.
Aku budak mustang, ada kalanya dia belikan keperluan sukan untuk aku walaupun aku tak minta. Jadi aku tak mampu melupakan kebaikan yang dia buat walapun satu kesalahan besar dia buat, tidak cukup untuk memadamkan kebaikan dia selama ini.
Tetapi aku ingat, aku tak tinggalkan tunang aku bukan sebab kebaikan dia, tetapi sebab kasih sayang aku yang betul-betul ikhlas dengan tunagn aku dan aku patut bagi dia peluang kedua untuk berubah. InshaAllah aku akan redha. Doakan aku, majlis kami hari Ahad ini. Terima kasih
– Hafiz IIUM
Rumah Najib dikawal ketat seperti naik kapal terbang mungkin ini sebagai kawalan keselamatan oleh perdana menteri malaysia. Setiap yang hadir ke rumah perdana menteri malaysia perlulah discan terlebih dahulu dan bagi mereka yang membawa beg perlu diperiksa di dalam beg tersebut.
Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut tetapi ia adalah hanya tujuan keselamatan. Mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab bawa pistol dan cuba mencederakan Najib perdana menteri malaysia. Pihak polis juga diarah menjaga semua tempat termasuk dewan makan bagi memastikan semua berjalan lancar.
sumber : telegram.me/mizisempoicom
JIKA ANDA DIJEMPUT UTK PULANG KE RAHMATULLAH KETIKA INI, DIMANAKAH ANDA :
DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR =======================================
1.🌻Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
3.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
4.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.
5.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
6.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
7.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
8.🌻 Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
9.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
10.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.
11.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
12.🌻 Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.
Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan;
①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan orang lain tidak membaca.
②. Menyebarkan ke-teman Anda yang lain dengan meng-Klik ‘‘BAGIKAN’’ agar orang lain ikut termotivasi dan Insya Allah Anda mendapat PAHALA.
‘‘...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala...’’
🌻🌻#AllahuAkbar🌻🌻