4 Perkara Asas Perniagaan Internet
Sebelum ke tahap yang advance pastikan anda lakukan 4 asas ini sebelum anda masuk ke bidang perniagaan internet.
- Kenal pasti perniagaan yang ingin anda lakukan - Langkah ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti hala tuju dan objektif sebelum anda serius untuk memulakan perniagaan internet. Anda perlu terapkan minda sebagai usahawan sebelum memulakan perniagaan. Pastikan perniagaan yang bakal anda usahakan adalah benar-benar mempunyai pasaran yang luas.
- Laman web anda - Anda perlu memiliki laman web anda sendiri. Tidak kiralah ia adalah versi percuma ataupun berbayar asalkan anda memiliki dalam web. Ia bertujuan untuk membina satu platform untuk pengunjung laman web ataupun trafik anda dapat mengenali potfolio pernigaan anda.
- Menerima bayaran di internet - Anda perlu ketahui cara pembayaran secara online yang boleh dilakukan dari pelbagai cara. Mungkin yang biasa kita dengan pembayaran bank online, Paypal dan sebagainya. Pelajarilah cara bagaimana otai IM melakukan cara pembayaran bagi setiap urusniaga yang berjaya.
- Promosi perniagaan internet anda - Langkah terpenting yang merangkumi 80% ~ 90% kepentingan dalam perniagaan tidak kiralah perniagaan online ataupun offline. Ramai yang kecundangan dan mula 'quit' perniagaan internet mereka kerana kurang ilmu dalam pemasaran internet. Pelajari dari mereka yang berpengalaman luas seperti tuan Rahman Basri yang juga merupakan pakar pemasaran emel di Malaysia. Sila baca seterusnya !