KENAPA DIA TINGGALKAN AKU...


Kenapa dia tinggalkan aku. Dia tak tau ke aku sayang kat dia. Kenapa dia mudah sangat lupakan aku. Padahal aku tak pernah buat salah dengan dia. Dia tak pernah hargai langsung pengorbanan aku selama ini. Aku faham mungkin dia dah jumpa orang yang lebih baik dari aku. Orang yang boleh bahagiakan dia lebih dari aku. Tetapi aku masih x boleh terima hakikat dia tinggalkan aku macam tu aje. Apa yang patut aku lakukan. Aku tau perjalanan masih jauh. Aku masih perlu teruskan hidup.  Aku harap satu hari nanti sinar kebahagian akan muncul dalam diri aku. Aku takde sape untuk luahkan perasaan. Cuma blog inilah menjadi tempat aku bercerita dan memendam perasaan. Ya allah kuatkanlah hati aku supaya aku dapat meneruskan perjalanan ini dengan lebih sempurna. Semoga engkaulah yang memahami isi hati hambamu ini. Amin..

Ulasan

Catat Komen