SALAH SATU WAYANG MENAYANGKAN FILEM LUCAH

by - Disember 26, 2013



Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan. Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yang memperjuangkan pemerintahan Islam.

Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka. Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi panggung wayang itu yang tersepit di antara sebuah pasar kambing dan stesen bas.

Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem ‘biasa’. Pelanggan filem “klasifikasi X” itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47.

Di dalam bilik gelap itu pula, bau asap ganja memenuhi ruang yang menempatkan 20 barisan kerusi diperbuat daripada kulit palsu. Semasa satu tayangan filem berkenaan, lebih separuh dewan itu dipenuhi penonton yang terdiri daripada buruh, petani dan pelajar yang datang untuk lari daripada kekangan kehidupan harian di wilayah Islam berkenaan.

Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian. Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk bersebelahan penonton lain. Pada hari berkenaan, penonton disajikan dengan filem Dostana yang merupakan produksi separa amatur khusus untuk panggung Shama di bandar Lahore, timur Pakistan.

Lahore dianggap bandar raya yang lebih liberal berbanding kota raya ini. Plot Dostana berkisar tentang dilema heronya, Shah Sawar yang sukar untuk memilih sama ada mengahwini kekasihnya, Gulpana atau sepupunya, Doa yang menjadi pilihan keluarga. Kesukaran membuat pilihan mendorong Shah Sawar untuk ‘mencuba’ kedua-dua wanita tersebut.

Sepanjang tayangan filem itu, suasana hening menyelubungi auditorium dengan bunyi nakal di beberapa sudut sekali sekala memecah kesunyian. Formula tayangan filem lucah menjadikan Shama antara panggung wayang paling berjaya di Peshawar ketika banyak pawagam lain terpaksa gulung tikar.

Proses Islamisasi di Pakistan sekitar tahun 1980-an mendorong orang ramai meminggir layar perak kerana dianggap boleh merosakkan akhlak orang Islam.

Situasi itu yang ditambah dengan kebanjiran video, cakera video digital (DVD) dan internet, banyak menyumbang kepada penutupan panggung wayang di sini dengan kini hanya terdapat tujuh pawagam berbanding 15 premis itu, 20 tahun lalu.

Tiga daripadanya menayangkan filem lucah. Panggung Shama yang paling popular antara ketiga-tiga layar perak itu biasanya penuh dengan penonton walaupun tiket dijual tiga kali ganda melebihi harga tiket filem biasa. Kunci kejayaan Sharma adalah tayangan filem lucah buatan tempatan yang sukar ditemui di sini atau di internet yang sarat dengan filem porno Barat.

“Seperti kebanyakan orang di sini saya memilih filem yang menampilkan wanita Pakistan. Ia lebih baik, lebih amatur dan lebih asli,” kata seorang lelaki berusia 30 tahun, Khaliq Khan yang hadir menonton Dostana untuk kali kedua.

Seorang lelaki lain, Janus Khan, 22, mengaku kerap datang ke Shama untuk menghiburkan diri sama ada berseorangan atau ditemani seorang atau dua rakannya. “Saya tidak begitu alim tetapi saya bukan perogol atau kafir,” katanya kepada agensi berita AFP.

Panggung Shama mencetus kontroversi di Pakistan yang amat tegas berhubung isu seks dan bogel. Sebelum ini, parti politik berasaskan agama paling utama di Pakistan, Jamaat-e-Islami (JI) menuntut supaya panggung Sharma ditutup. Namun, pawagam tersebut mempunyai pemilik yang berkuasa iaitu keluarga Bilour. Keluarga berkenaan adalah yang paling berpengaruh di sini dan merupakan teras parti nasionalis etnik Pashtun, Parti ANP.

Pawagam tersebut pernah diserang sebanyak dua kali oleh aktivis Islam termasuk pelajar JI dalam tempoh 10 tahun tetapi premis itu masih beroperasi. Shama pernah dibakar pada September 2012 tetapi ia dibuka semula sebulan kemudian ketika umat Islam menyambut Hari Raya Korban. Panggung tersebut penuh dengan penonton pada hari berkenaan. Bagaimana pawagam itu berjaya mengelak penapisan oleh pihak kerajaan dan gangguan Taliban menjadi misteri sehingga kini.

You May Also Like

8 comments

  1. ya...misteri..negara-negara macam ni memang banyak misterinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hạ Thiên rất chân thành sửa lại:
      - Chúng ta đã bái đường thành thân rồi.

      - Bái đường thành thân?
      Phương Hiểu Như nhịn không được cười khanh khách:
      - Hạ Thiên, ngươi thật biết nói đùa, mấy giờ rồi mà vẫn còn có bái đường thành thân? Ngươi mới mười chín tuổi, vẫn chưa đủ tuổi kết hôn đó!

      - Hiểu Như, kỳ thực cũng chưa chắc đâu, rất nhiều địa phương, chỉ cần cha mẹ hai bên đồng ý tổ chức cỗ bàn, cho dù khôndongtam
      game mu
      http://nhatroso.net/
      http://nhatroso.com/
      nhạc sàn
      tư vấn luật
      dịch vụ thành lập công ty trọn gói
      công ty luật
      tổng đài tư vấn pháp luật
      thành lập công ty
      http://we-cooking.com/
      chém gió
      trung tâm ngoại ngữg chính thức kết hôn, không có giấy đăng ký kết hôn thì cũng không thể đổi ý được.
      Tôn Hinh Hinh sắc mặt lại buồn bã, thấp giọng nói.

      - A… Thực xin lỗi hinh tỷ, em quên mất chuyện của chị.
      Phương Hiểu Như lập tức phản ứng, bởi vì nàng biết rõ Tôn Hinh Hinh cùng Trương Đại Trụ cũng là loại tình huống này, năm đó, gia đình Trương Đại Trụ đưa lễ ăn hỏi cho gia đình Tôn

      Padam
  2. ait mcm ni pn ade...siap diperiksa ngn pengawal bersenjata plak tuh..hehe mcm nk masok mane plak..padahal porno film je pn

    BalasPadam
  3. عملائها الكرام بالأسراع فى الأتصال بمؤسسة مختصة و رائدة فى ميدان مكافحة الحشرات بمحايل صعب و قتلها و ابادتها نهائيا حيث أن مؤسسة زهرة المملكة لمكافحة الحشرات بمحايل صعب
    شركة رش مبيدات بجدة
    شركة مكافحة الفئران بجدة
    شركة مكافحة النمل الابيض بجدة
    شركة النجوم لمكافحة الحشرات

    BalasPadam
  4. Thank you for addressing such a relevant subject. Your approach to tackling the issue adds a fresh perspective.

    BalasPadam
  5. Filem "Luca" adalah sebuah karya seni yang menarik kerana ia menampilkan kisah tentang persahabatan, petualangan, dan kehidupan dalam dunia fantasi.

    BalasPadam
  6. Ini tentunya akan menambah pengalaman menonton filem. Saya berharap pementasan wayang ini dapat memberikan hiburan dan keseronokan kepada penonton yang hadir.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0