DUIT BUKAN BOLEH BAWA MATI

by - Disember 12, 2013


Ramai orang dalam dunia suka pada duit tetapi rakan saya ini lain dari yang lain. Beliau tak perlukan duit. Ramai yang kata dia ini kedekut.

Isteri dia hanya pakai kancil. Isteri dia tak bekerja. Dia pulak pergi kerja naik motor. Bukan takde duit. Entahlah ada orang kata kenapa tak beli kereta. Dia kata duit bukan bawa mati.

Kalau telefon dialah orang yang paling ketinggalan dalam pejabat. Orang semua pakai handphone andoid tetapi dia masih lagi pakai handphone jenama 1998 nokia. Bila ditanya duit bukan boleh bawa mati.

Nak minta suruh belanja memang susah. Itupun adalah di belanja goreng pisang bulan lepas sekali. Bila tak habis dia bawa balik bagi anak bini makan. Bila ditanya duit bukan boleh bawa mati.

Tak pernah nampak dia makan kat kedai mahal-mahal. Kalau demam pun sanggup telan panadol dan beratur panjang-panjang pergi hospital kerajaan bayar rm1.00. Bila dintanya duit bukan boleh bawa mati.

Aku tak perlukan duit untuk jadi kaya. Tak perlu kereta mewah rumah besar untuk menunjuk. Bagi aku Allah dah berikan kebahagian pada aku. Lagipun duit bukan boleh bawa mati.

You May Also Like

1 comments

  1. yg saya pelik tu , dah tau duit x leh bawa mati , naper tak belanjakan . klu tak nak beli brgn mewah , belanja org makan tu kan sedekah ...

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0