SELAMAT BERPUASA

by - Julai 10, 2013





Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.
 
Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.
 
Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya. Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. 

You May Also Like

9 comments

  1. Semoga bersemangat kita menjalankn ibadah puasa..=)

    BalasPadam
  2. selamat menjalani ibadah puasa..

    BalasPadam
  3. Marhaban ya Ramadhan Sob...salam kenal salam sejahtra.
    visit : Karrysta | Blog Berbagi
    http://karristaent.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Selamat berpose jugak pade mike yoppp

    BalasPadam
  5. @Mizi,

    Selamat berpuasa.. :-)

    Puasa update blog.. tup2x dah nak waktu berbuka..
    Selamat berbuka puasa semua!

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Webmaster
    Pakar Niaga

    BalasPadam
  6. salam.. meow singgah sini ye. selamat berpuasa juga ^_^

    BalasPadam
  7. salam ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa buat bro dan pembaca blog bro

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0