Terlepas peluang untuk menghadiri sesi ujibakat di Sunway? Usah bimbang kerana anda masih boleh menghantar video ujibakat anda secara online dan berpeluang membintangi drama terbaru Astro Ria, SAHABAT.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila teliti syarat-syarat serta butiran-butiran di bawah
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila teliti syarat-syarat serta butiran-butiran di bawah
- Lelaki atau Perempuan
- Berumur 15 tahun - 25 tahun
- Boleh bermain alat muzik
- Berminat untuk menjadi pelakon
Video ujibakat anda hendaklah terbahagi kepada tiga (3) bahagian
Bahagian Pertama: PengenalanPerkenalkan diri anda (cth: Nama, Umur, Hobi, dan sebagainya)
Bahagian Kedua: WatakBerpandukan skirp yang disediakan, lakonkan watak pilihan anda. Sila rujuk kepada contoh-contoh situasi yang disediakan.
Bahagian Ketiga: Bakat
Tunjukkan yang anda selesa dan tidak kekok untuk berlakon. Anda boleh juga menari atau menyanyi jikamahu.
Jika watak pilihan anda berbakat menyanyi, menari atau memainkan alat muzik, anda perlu menunjukkannya di dalam video
TEMPOH VIDEO TIDAK BOLEH MELEBIHI 3 MINITJika watak pilihan anda berbakat menyanyi, menari atau memainkan alat muzik, anda perlu menunjukkannya di dalam video
Sila muat-naik video rakaman anda ke YouTube dan lengkapkan Borang Ujibakat Online
Contoh yang di bawah adalah untuk rujukan anda dalam melakonkan watak-watak SAHABAT. Anda bebas untuk melakonkan watak pilihan anda mengikut tafsiran anda
Azie- Beritahu Alia betapa dia benci Haneez yang sedang berpacaran dengan Bakri
- Lakukan lima kerja yang berbeza pada satu masa (contoh: bercakap telefon, guna komputer, buat senaman ringan, baca surat khabar, gosok baju, dll); seperti seorang pembantu peribadi yang hebat
- Dengan yakinnya mempromosi baju yang buruk secara online
- Berlagak hebat semasa memikat perempuan tetapi nampak ‘poyo’
- Menari dengan penuh yakin walaupun sebenarnya nampak ‘poyo’
- Lakukan sesuatu dengan penuh semangat – contoh: cat muka dan balut badan dengan bendera untuk menonton bola di rumah
- Deklamasi sebuah sajak yang romantis
- Mainkan lagu "slow rock" dengan cara yang paling romantik untuk Alia
- Lakukan sesuatu yang menunjukkan dia pemberontak (‘rebel’)
- Beritahu Alia yang dia tidak pandai bergaya
- Bercakap tentang diri sendiri sambil membuatkan dirinya kelihatan penting tanpa menghiraukan orang lain
- Bermain piano dengan yakin
- Menyanyi depan kamera tetapi malu untuk dedahkan muka
- Dengan kekoknya cuba luahkan perasaan pada Bakri di hadapan khalayak ramai
- Pakai pakaian yang melampau (pelik) dan cuba menyakinkan gaya terbarunya kepada Azie
- Ceritakan tentang lembu, kambing dan ayam di kampung seperti mereka adalah kawan baik
- Jadi Doktor Cinta: beri nasihat pada Alia bagaimana untuk menawan hati Bakri
- Mainkan lagu popular masa kini menggunakan rebana atau dram
- Ceritakan salah sebuah kisah luar biasanya yang agak meragukan
- ‘Mengayat’ seorang gadis
- Tunjukkan beberapa emosi berbeza (sedih, gembira, marah, takut) dalam masa 30 saat