DEBAT DR CHUA DAN LIM

by - Julai 09, 2012

Seluruh rakyat Malaysia mahukan debat Najib dan Anwar. Perbahasan dua pemimpin tertinggi dari DAP dan MCA ini diadakan dalam conference bertemakan "Kaum Cina Malaysia di persimpangan politik", dengan tajuk debat "Apakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Perkauman untuk dua kaum?", pada jam 5 petang di Hotel Berjaya Times Square. Perdebatan anjuran bersama Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dengan badan pemikir MCA, INSAP ini berlangsung untuk sejam, merangkumi sesi soal-jawab dari bawah pentas, dipengerusikan oleh Tang Ah Chai, Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), disiarkan secara langsung oleh ASTRO.




Antara isu yang di bangkitkan ialah sepatutnya MCA hanya bercakap untuk orang Cina dan mereka yang berasal dari Semanjung Malaysia - bukan Sabah atau Sarawak ini berbeza dengan DAP yang mewakili orang Cina Rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak juga Kadazan. DAP adalah pemerintah bersama PKR dan PAS sebaliknya MCA adalah belaan UMNO dan hanya menjadi pengikut setia UMNO. Lim cuba bertanya kenapa MCA tidak berani membongkarkan kegiatan rasuah UMNO. Dr Chua menjawab kerana UMNO adalah perdana menteri haha. Tetapi sebaliknya DAP jelas berani memberitahu sanggup mengeluarkan buku akaun PKR sebagai bukti yang tiada kegiatan rasuah kenapa UMNO tidak berani melakukan perkara yang sama.

Dr Chua cuba membidas mengatakan Pakatan Rakyat selalu membuat janji kosong begitulah yang di jelaskan oleh ceramah Najib baru-baru ini. Jawapan dari Lim ialah jangan mengatakan kami tidak membina sekolah tadika. Kami adalah sebuah parti politik yang menentukan masa depan Malaysia. Kolej TAR adalah contoh jelas kegagalan MCA. Mengapa ia ditubuhkan? Kerana polisi kuota yang tidak adil dimana pelajar layak tidak boleh melanjutkan pengajian ke universiti. Oleh itu anda menubuhkan Kolej TAR.Jangan kata kami belum membina perumahan kos rendah. Ia sudah dibina. Jangan menipu.


Debat itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang dalam dewan, terdiri daripada penyokong MCA, DAP, orang awam dan pengamal media, dengan kelebihan peluang soal diberikan kepada penyokong MCA - sehingga diprotes penyokong DAP. Pengerusi debat ini, Tang Ah Chai bagaimanapun memuji prestasi kedua-dua Lim dan Chua, dan berharap masyarakat ini memiliki keberanian untuk bersuara, dan kelapangan dada untuk mendengar pandangan yang berbeza.

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0