AKU YANG BERDOSA

by - Februari 14, 2022

 


1. Dosa seseorang tidak ditanggung oleh orang lain. Maka hendaklah perbanyakkan usaha2 yg baik supaya kita selamat di akhirat nanti.

 #Duduklah di bawah cahaya AlQuran berpaksikan apa yg Allah suruh dan jauhi apa yg Allah larang.
#Namun begitu, orang2 yg menyesatkan orang, penganjur program mungkar akan  berdosa kerana dosa jariah menyesatkan orang lain.

#Ayah@suami bertanggungjawab terhadap isteri dan anak di bawah tanggungan.
#Para pengajar yg  menyalahi sunnah,ajaran khurafat, ajaran bukan dari nabi akan juga menanggung dosa ajaran kearah kesesatan tersebut.

2. Kepada Allahlah tempat kembali. Maka wajib kita  membuat persiapan untuk bertemu Allah SWT

 Tingkatkan diri dengan menambah ilmu tentang Allah, Rasul, syariat agama, akhirat, dll

3. ALLAH tahu apa yg ada dalam hati. Maka semua perbuatan kita,paksinya di hati.

# Allah akan dedahkan segala rahsia perbuatan jahat kita di akhirat.Dosa pahala akan di kira berdasarkan kpd apa yg ada dalam  hati.Maka perbaikilah hati.

4.  Allah mencela akhlak manusia yang mencari Tuhan apabila ditimpa bala.

#Maka hendaklah sentiasa bersyukur,menggunakan seluruh nikmat sihat, berharta, berilmu dll ke jalan Allah. Ingatlah Allah 24 jam. 

5. Allah akan perkenankan doa orang2 yg sangat berhajat walaupun doa orang kafir yg dizalimi. Maka berdoalah, janganlah menzalimi orang lain walaupun kpd orang kafir.

Catatan LMI150222

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0