HARAM GUNA ANROID BOX

by - November 23, 2021

 


Android Box merupakan salah satu peranti khusus yang dihubungkan ke kaca televisyen, dan membolehkan televisyen digunakan untuk mengakses kandungan daripada internet.

Namun, terdapat sejumlah pihak yang memuatkan akses kepada kandungan berbayar secara tidak sah melalui Android Box ini. Perkara ini adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.

Apa pun, pihak Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan hukum asal bagi membeli dan menggunakan Android Box adalah harus. Tetapi ia menjadi haram apabila ia digunakan untuk mengakses sejumlah kandungan berbayar dengan cara yang salah.

Asal hukum bagi membeli dan menggunakan android box adalah harus. Namun begitu, sekiranya tujuan pembelian dan penggunaan peranti tersebut adalah untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah maka ianya adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.


You May Also Like

1 comments

  1. Dah lama pakai buat pengganti ASTRO. Alasan terbaik - bayar sekali je masa beli, ASTRO kena bayar tiap bulan huhuhuhu semputtttttt

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0