JOM BERCUTI DENGAN TRAVELOKA

by - Ogos 17, 2021

Adakah anda mahukan tempat percutian yang menarik untuk keluarga dan anak kecil. Kerajaan dah benarkan sektor perhotelan di buka. Apa salahnya anda cuba guna perkhidmatan Traveloka. Traveloka bukan sahaja memudahkan untuk kita booking hotel, tapi syarikat pelancongan yang menawarkan pelbagai produk dan kemudahan dalam satu platform seperti hotel, penerbangan dan pakej pelancongan. Yang paling menarik, harga yang ditawarkan tiada hidden charges.

Bagi yang duduk di Kuala Lumpur penat bekerja. Ada banyak hotel yang boleh anda kunjungi. Jom nikmati keindahan staycation di hotel-hotel yang menarik sekitar Kuala Lumpur ni. Terdapat pelbagai pilihan hotel. Jika dulu kita boleh keluar ke Port Dickson dan menginap di Grand Lexis Port Dickson atau memanjat Cameron Highlands dan memetik strawberry, buat masa ni kita terpaksa pendam dulu keinginan tu.

So kita layan staycation dulu di dalam Kuala Lumpur. Kenapa staycation?

Situasi semasa di negara kita yang masih terbatas pergerakan rentas negeri.

Luangkan masa dengan keluarga luar dari suasana rumah. Bahagiakan keluarga dengan percutian walaupun hanya dengan staycation hotel, ia mampu mengembalikan semangat dan memberikan perasaan positif setelah berbulan-bulan terpaksa duduk di rumah.

Staycation tak perlukan perancangan. Bayangkan keselesaan percutian tanpa perlu bersiap sedia. Percutian pada bila-bila masa.

Lihat bandar Kuala Lumpur dari sepasang mata yang segar. Fresh look bak kata orang putih. Dengan ini anda mungkin dapat melihat tempat-tempat baru yang tak pernah anda lawati walaupun tinggal di Kuala Lumpur.

Staycation menjimatkan masa dan mudah di dompet korang.

Staycation cara percutian masa kini dan lebih selamat terutamanya di kala pandemik covid yang sedang kita hadapi.




Situasi covid-19 yang melanda kita banyak sektor yang mengalami impak yang besar terutama sektor pelancongan.Janganlah kita menganggap ini adalah satu keadaan yang membimbangkan. Sampai bila nak duduk rumah tak bosan ke, hotel 5 bintang menanti anda.

Tips pilihan hotel untuk Staycation.

Pilih hotel yang mempunyai pemandangan yang cantik seperti yang berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang diperlukan anda dan keluarga.

Jika mempunyai anak-anak kecil mungkin boleh pertimbangkan hotel yang mesra kanak-kanak atau yang menyediakan bilik bertema sesuai untuk anak kecil.

Hotel yang menyediakan kawasan parkir sendiri supaya anda tidak risau tentang keselamatan kenderaan anda.

Mempunyai bilik connecting room supaya anak-anak anda ada bilik sendiri dan anda boleh berehat dengan selesa.

Anda boleh je juga check out senarai hotel di Traveloka. Pasti ada yang berkenan di hati dan memenuhi budget dompet anda.

Pengalaman yang Indah ini amat bermakna di kongsi. Korang hanya perlu register sahaja dan pilih hotel yang terbaik di Malaysia. Dengan Traveloka adalah pilihan paling selamat. Paling menarik Traveloka ada update terbaru.

Dengan harga diskaun ini lebih menjimatkan duit poket anda. Anda tidak perlu membuang masa yang terlalu lama untuk mencari hotel yang menarik ini kerana anda boleh baca sendiri review pelanggan itu sendiri.

Rindu untuk bercuti. Inilah masa yang paling sesuai. Dengan harga yang berpatutan. Ceritakan pengalaman anda bercuti di rumah waktu pandemik atau anda sendiri alami situasi yang gembira bersama keluarga anda.

Bagi yang santai-santai di rumah anda boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah bersama keluarga. Traveloka menyediakan semua yang anda mahukan dengan hanya 1 klik sahaja. Boleh lawati laman web mahupun muat turun aplikasi.

Walaupun kita dilanda covid-19 yang mengejutkan rakyat Malaysia, kita perlu meneruskan kehidupan walaupun dalam norma baharu. Haruslah kita lebih berhati-hati. Jangan lupa scan MySejahtera. Sentiasa Jaga jarak yang selamat. Selalu kerap cuci tangan. Selamat bercuti.

You May Also Like

1 comments

  1. bestnya dah lama tak bercuti dan jalan-jalan sebab pkp ni, rindu nak buat video travel

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0