BERHENTI MICROMANAGE ANAK

by - Ogos 06, 2021


Ini rupanya tanda bila kita suka micromanage anak!

1 - Tak boleh nampak anak susah sikit cepat je nak menolong, “aduh kasihannya dia, meh ibu tolong...”

2 - Risau secara berlebih-lebihan, “eh mainan ni tak boleh nanti dia masuk mulut, eh panjat ni tak boleh nanti jatuh, eh tak boleh berlari nanti tersadung”

3 - Selalu nak cepat, “nak tunggu adik naik kereta sendiri memang terkial-kial, meh ayah angkat”

4 - Mudah tak sampai hati dengan anak, contoh nak ajar anak potty train tapi bila tengok anak gelisah, susah benar nak buang air, terus fikir macam-macam kang sembelit pula budak ni. 😅

5 - Terlalu perfectionist sangat. “Abg kena belajar duduk tegak-tegak baru betul” padahal anak tu lebih selesa belajar baring sebab dia jenis kinestetik.

6 - Tak suka rumah bersepah, “kakak main jangan bersepah-sepah” Suruh anak bermain tak bersepah ibarat kita suruh anak mandi tapi jangan basah. Tak releven langsung.

7 - Terlalu obses nak anak jadi sebiji macam kita. “Ibu dulu pandai matematik, jadi abg pun kena pandai matematik”

8 - Tak benarkan langsung anak buat salah atau gagal, suka membetulkan kerja sekolah anak sebelum anak habis buat pun lagi.

9 - Bantu anak secara berlebihan, contoh masa pdpr anak tak faham apa cikgu ajar tapi anak tak tanya pada cikgu sebaliknya anak tanya ibu, dan ibu pula yang bertanya pada cikgu. Huh! Parah sekali ni.

Tanpa sedar sikap micromanage ni sebenarnya melemahkan kemahiran self-manage anak kita.

Ibarat kita ni jadi pengurus peribadi anak-anak, semua rutin kehidupan dia kita yang uruskan. Itu bahaya!

Jika di rumah ( dunia kecil ) anak anak tak mampu untuk urus diri sendiri, bagaimana dia nak bersedia untuk survive di dunia luar yang lebih buas, lebih ganas dan lebih merisaukan kita nanti.

Berhenti la micromanage sebelum terlambat!
~ Mohd Fhais Salim ~
Nota :

Jemput semua untuk dapatkan banyak lagi ilmu #KhusyukParenting di telegram saya. 
Join di sini 👉 bit.ly/PositifParent
Dapatkan ebook Parenting Journey ni kalau nak lebih fahami anak-anak anda.

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0