Cukup ke rm500

by - November 07, 2020

BUKAN TAK HARGAI RM500 TAPI MASALAH TAK SELESAI

Rakyat bukan tak hargai RM500 tu tapi dengan bagi RM500 sebulan tu masalah tak dapat diselesaikan. 

Kena faham mengapa rakyat minta seketul. Bukan mereka nak pergi joli tetapi banyak perkara masih tidak selesai. RM500 tu tak boleh bayar sewa rumah yang tertunggak. 

Tetap kena halau walaupun duit ada RM500 sebab sewa tertunggak dah lebih 3 bulan.  Dah RM1500. Nak sewa rumah baru pun tak cukup dengan RM500.

Nak bayar bil elektrik tak cukup sebab bil dah lebih RM500. Tentu serabut kepala bila letrik tetap kena potong. Anak-anak tak boleh  hidup dalam gelap dan kepanasan. Jadi RM500 tak selesai masalah.

Yang dah kena berhenti kerja nak buat apa dengan RM500. Nak beli motorsikal nak buat Grab Food atau Food Panda pun tak boleh. Nak buat modal nasi lemak pun tak cukup.

Apa kata kalau kerajaan bagi seketul RM6000 at least dapatlah selesai masalah sikit. Bagi RM500 untuk yang duduk rumah sendiri kat kampung memang mencukupi. 

Tapi bagi yang tak ada kerja dan tinggal kat bandar besar RM500 sebulan ia tidak menyelesaikan masalah mereka.

Aku ada baca keluhan seorang bapa yang mengatakan "Kalau aku tak ada iman dan tak ada isteri serta anak-anak, dah lama aku bunuh diri. Kalau aku bunuh diri takkan nak bagi isteri tanggung masalah pula". 

Aku mengucapkan sakan. Tapi kita kena ingat... Mengapa sampai dia terfikir begitu. Jawpannya adalah kerana tekanan hidup, hutang dan macam-macam lagi bila tiada wang. Tapi kalau dia dapat seketul RM10K... Masalah dia akan selesai..

Mengapa lah terlalu sukar untuk kerajaan nak bagi keluar RM10k dalam akaun 1 mereka. Kerajaan tak payah berhutang pun nak bayar duit mereka sebab duit mereka ada dalam KWSP bukan duit kerajaan. Lainlah kalau kerajaan guna duit tu?

Aku turut simpati... Sekarang rakyat dah nak bunuh diri, nak terjun bangunan pun tak nak bagi?... RM10k dari RM40k atau RM100k bukan  menyebabkan mereka tak ada langsung duit simpanan persaraan mereka nanti.

Mereka tengah fikir nak hidup sahaja sekarang tetapi kerajaan masih lagi bercakap tentang duit tu untuk masa depan. Sekarang ni mereka belum tentu dapat guna duit tu pada masa depan sebab sekarang dah nak mati.

Please la PM cuba berada dalam kasut mereka. Cuba rasai apa yang mereka rasai sekarang. 

Aku memang memahami mereka tapi kalian yang berkuasa tidak memahaminya.

Kredit - kaki komen


You May Also Like

1 comments

  1. Memang kesian dgr maslaah orang ni.. Ada sampai nak bunuh diri.. Harap bersabar

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0