9 strategi berniaga

by - November 03, 2020

 


9 strategi perniagaan Rasulullah SAW yang patut kita contohi untuk menjadi usahawan yang hebat.
Sejak muda lagi Rasulullah saw telah mula mencari pengalaman berniaga dan menjalankan perniagaan. Baginda menjadi terkenal sebagai seorang usahawan Al-Ameen, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.
Kehebatan Rasulullah berniaga menjadikannya antara usahawan yang berjaya dan cemerlang pada ketika itu:-

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain
Keperibadian Rasulullah saw disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaing.

2. Lurus dan tepat dengan kiraan
Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.

3. Sentiasa senyum ketika menjual beli
Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!

4. Jujur dan amanah
Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.

5. Lemah lembut ketika berniaga
Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.

6. Berniaga secara kreatif
Ada ketika baginda memberitahu harga pokok barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!

7. Bukan mengejar harta semata-mata
Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.

8. Fasih dalam bertutur kata
Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri ketika berkata-kata.

9. Bijak membuat keputusan
Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.
9/10 rezeki datang dari perniagaan. Dalam menjana pendapatan tambahan, ilmu adalah amat penting.

Kredit - Irfan khari

You May Also Like

4 comments

  1. bagus list ni patut peninaga kena jadikan panduan

    BalasPadam
  2. Berniaga cara Rasullullah, InsyaAllah rezeki pun berkat perniagaan pun lancar je.

    BalasPadam
  3. Insyallah, bila bernigaa betul rezeki kita dpt tu elok dan bertambah rezeki lagi

    BalasPadam
  4. Kalau ada staf kena jaga juga hati staff.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0