COPYRIGHT 2013 © MIZI SEMPOI. Dikuasakan oleh Blogger.

MIZI SEMPOI

KEHIDUPAN TANPA PAKSAAN



Moratorium Bank Negara buat U-turn

Peminjam akan diberi 2 pilihan:

1. Bayar ansuran 6 bulan tu semua sekali pada bulan Oktober 2020; atau

2. Bayar semula 6 bulan ini melalui pemanjangan tempoh pinjaman selepas tarikh matang, dan faedah akan dikenakan.

Habis nitizen hentam page bank negara Malaysia. 

Good luck, kita.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Dalam musim pkp ini rasa lain bazar Ramadhan dah tiada. Tak boleh balik kampung. Masjid tutup dalam sejarah.

Kematian akibat covid-19 masih berterusan walaupun Malaysia dalam keadaan penurunan tetapi Singapore dan Indonesia masih dalam keadaan membimbangkan.

Harap isu covid-19 dapat di atasi dengan segera. Sama-sama kita berdoa. Teruskan berpuasa.


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Kalau niat ikhlas nak menderma dan beri sumbangan

Kenapa letak dalam FB?

Pertama, Sebab seronok buat kerja kebajikan. Melihat senyuman- senyuman orang yang menerima bantuan.

Menerima ucapan terima kasih yang bertalu- talu. Hati rasa gembira.

Kedua, kita tak mampu nak bagi pada semua orang. Jadi apabila kita bagi bantuan macam tu, kita harap apa yang kita buat, orang akan tengok dan orang akan tiru.

Alhamdulillah, memang betul, ramai orang mendapat inspirasi untuk buat bantuan menggunakan kaedah dan modus operandi sama.
Kita berjaya “mencetus” supaya lebih ramai orang menerima bantuan.

Ketiga, memang ada orang yang akan komen katakan bahawa kita tak ikhlas.

Ikhlas terletak di hati. Niat untuk buat kebaikan, Allah dah bagi pahala dik. Apatah lagi buat. Ikhlas ni ialah apa yang kau nak buat, kau tak kan harap balasan dari manusia. Itu sifir dia.

Ustaz Ebit Liew dia bukan orang politik. Dia bukan ada jawatan apapun dalam negara. Dia orang tabligh. Orang tabligh kalau dia pergi ajak kau pergi masjid dia dapat apa? Itulah keikhlasan.

Kalau kau tak boleh nak buat kebaikan macam dia buat, baik diam.

Orang menilai. Orang tahu siapa yang hanya bising di FB dan siapa yang betul - betul menyusuri semak dan denai untuk beri bantuan. Akhlak beliau mencerminkan Islam. Islam agama perpaduan.

Kami doakan Ustaz Ebit Liew dipanjangkan umur. Dipermudahkan urusan. Ustaz jangan putus asa.

Ustaz adalah wira Malaysia. Kesayangan rakyat tak mengira bangsa.

Kredit: viral johor
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

‘Bercerai lampin’ atau ‘toilet training’ anak adalah salah satu pencapaian yang penting dalam perkembangan anak-anak.  Ini merupakan salah sebuah pengalaman pertama mereka untuk belajar memikul tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

Bila masa yang sesuai untuk ‘toilet training’ anak?
Sebenarnya tiada had waktu atau umur tertentu untuk mengajar anak ke tandas. Ada sesetengah ibu sudah mula ‘toilet training’ anak seawal 2 tahun. Ada juga yang masih memakai lampin sehingga umur 5 tahun.

Namun, ia terpulang kepada ibu bapa sendiri dan juga kesediaan mental dan fizikal anak untuk bercerai lampin. Selalunya, apabila anak-anak mula menghampiri saat dihantar ke tadika, mesti ramai ibu bapa yang terfikir untuk mulakan ‘toilet training’ anak.

Jika diikutkan, mereka boleh dilatih sebaik sahaja mereka pandai bercakap dan boleh memahami 1 arahan yang mudah.

1. Kenalkan anak dengan tandas seawal umur 1 tahun

2. Selalu bawa anak ke tandas. Kenalkan kepada mereka apa itu tandas dan fungsi-fungsi alatan di tandas.

3. Praktis anak memakai lampin kain, bukan lampin pakai buang. Lampin kain akan membuatkan anak rasa tak selesa apabila basah. Sekarang banyak ‘cloth diaper’ cantik-cantik di pasaran. Bukan sahaja dapat ajar anak cerai lampin awal, malah dapat jimat wang juga.

4. Ajar anak perkataan atau panggilan yang senang untuk mereka ingati contohnya jika nak kencing sebut “nak wiwi” atau “nak shishi”. Jika nak buang air besar “nak poo poo”.

5. Bawa anak anda ke bilik air setiap 30 minit dan kerap bertanya anak mahu buang air atau tidak.

6. Beri  ganjaran pada anak-anak sebagai galakan supaya mereka lulus dengan cemerlang dalam tempoh percubaan ini. Sudah tentu mereka akan lebih bersemangat.

Susah tak? Mungkin boleh cuba beberapa tips ini:

Eh, nampak macam mudah kan? Tapi, sebenarnya ia adalah proses yang agak menyukarkan. Antara tips yang mungkin dapat membantu memudahkan proses ini ialah:

Anda perlu bersedia untuk menahan marah sekiranya anak anda ‘terkucil’ dan ‘terbuang’ air besar di dalam seluar. Oleh itu, tolonglah lipat dan simpat dulu kalau ada karpet atau tikar yang mahal di rumah.

Carilah hari yang lapang untuk bermula. Lebih baik lagi jika pasangan anda turut ada supaya anda berdua boleh bergilir-gilir membawa anak ke tandas.

Pastikan anda tidak merancang untuk ‘travel‘ dalam masa terdekat. Ia mungkin saja akan menyebabkan proses ‘toilet training’ ini terganggu. Yalah, apabila anak mula pakai lampin semula, kemungkinan besar dia akan lupa apa yang diajar.

Cuba mulakan ‘toilet training’ anak pada waktu siang terlebih dahulu. Apabila anak sudah mula pandai, barulah ajarkannya untuk tidak memakai lampin sewaktu tidur malam.

Jangan dimarahi anak yang sedang belajar. Mengikut pengalaman, anak akan lambat belajar seandainya dia tertekan atau sedih.
Jika dilihat dalam masa 1-2 hari anak masih belum dapat ‘tangkap’ cara untuk ke tandas, tundakan dahulu. Mungkin dia belum bersedia.

Belikan alas tandas atau ‘potty‘ dengan warna kesukaan mereka. Ia salah satu cara untuk menarik minat mereka ke tandas.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Kini, KWSP memperkenalkan cara lebih mudah untuk permohonan baru serta semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara atas talian.

Update terkini - link untuk memohon. Ini adalah link direct dari website kwsp.
https://ilestari.kwsp.gov.my
(JIKA MENGGUNAKAN TELEFON, SILA GUNA MOD DESKTOP)

Harap lepas ni jangan semua main serbu. Kalau rasa website "lag" atau "berat", cuba semula beberapa jam lepas tu. Jangan cuba dalam masa yang sama dengan kerap. Ini akan menyebabkan kesesakkan trafik dalam website.

#Update - Tak perlu Tag, Tak perlu iAkaun. Ini cara terbaru untuk memudahkan mereka yang tiada iAkaun dan Tag number.
Tapi lebih baik semak @ simpan number ahli. Pendaftaran melalui Email dan Nombor IC pemilik. Pastikan nombor akaun bank sama dengan nama dan number IC permohon.
- Bagi yang sudah mohon secara Email dan melalui iAkaun sebelum ini tidak perlu memohon lagi.

Cara untuk memohon -

Langkah pertama masuk ke laman web www.kwsp.gov.my. (guna desktop mod jika melalui telefon) Kemudian follow step seperti di dalam gambar.

1. Setelah masuk ke laman utama, tunggu 'banner' iLestari muncul melalui paparan slide header page. Kemudian tekan butang "FAQ"

2. Baca Term and Condition dan pergi ke bahagian no 8 (a) dan tekan butang "disini" yang berwarna biru. Ianya secara automatik akan pergi ke halaman utama pendaftaran. (rujuk gambar kedua terakhir)

3. Klik Permohonan baru dan isikan nama penuh, nombor kad pengenalan pemohon, nombor telefon pemohon, alamat terkini pemohon dan maklumat akaun pemohon . Pastikan nombor akaun yang berdaftar atas nama kita. KWSP berhak menolak permohonan yang mempunyai maklumat akaun yang didaftarkan atas nama berlainan dari maklumat pemohon.

Share kepada orang lain
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


* Corona: Ada sesuatu yang tidak kena ...! *

 ðŸ¤”Wuhan ke Shanghai = 629 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Beijing = 1052 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Milan = 8700 km
 ðŸ¤”Wuhan ke New York = 12000 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Italy = 8670 km
 ðŸ¤”Wuhan ke London = 8880 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Paris = 8900 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Sepanyol = 9830 km
 ðŸ¤”Wuhan ke India = 3575 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Iran = 6560 km

 ðŸ§ª* Sesuatu yang menjadi misteri dan tanda tanya ...!

 ðŸ“¢ Corona virus berasal dari bandar Wuhan di China dan kini telah mencapai seluruh penjuru dunia, tetapi virus ini tidak banyak tersebar di ibu kota China iaitu Beijing dan Bandaraya ekonomi terbesar iaitu Shanghai yang berhampiran Wuhan, kenapa ...?

 ðŸ“¢ Beijing adalah bandar di mana semua pemimpin China tinggal, ketua tentera hidup di sini, mereka yang menjalankan kuasa pemerintahan di China tinggal di sini, tidak ada lockdown yg lama di Beijing! Ianya bebas! Corona tidak mempunyai kesan besar di sini, kenapa ...?

 ðŸ“¢Shanghai adalah bandar yang menjalankan ekonomi China, ia adalah Bandaraya ekonomi terbesar bagi China, di sini semua orang kaya hidup di China! Mereka yang menjaga industri berjalan, tidak ada ada lockdown yg lama sini, corona di sini tidak mempunyai kesan terhadap Shanghai ...! * Kenapa ...? *

 ðŸ“¢Adakah corona virus pandemik ini, yang telah membuat seluruh dunia panik, tetapi cuba anda datang ke Beijing dan Shanghai, adalah sangat penting untuk bertanya kepada China soalan yang ketika negara-negara maju terbesar di dunia sedang bertungkus lumus menangani wabak ini, mengapa tidak dapat menghentikan Corona! Corona telah mengakibatkan bandar-bandar besar dunia lumpuh, jadi mengapa tidak bnyak virus ini sampai ke Beijing ...? ; Mengapa tidak sampai banyak ke Shanghai ...? * Kenapa ...? *

 ðŸ“¢Beijing dan Shanghai adalah kawasan bersebelahan dengan Wuhan! Virus dari Wuhan tiba di seluruh penjuru dunia, tetapi virus ini tidak banyak sampai ke Beijing dan Shanghai ...! * Kenapa ...? *

 ðŸ“¢Ekonomi negara yang disinggahi Covid-19 akan terhenti, tetapi semua bandar utama China telah dibuka dan kini dan dari 8 April, China juga telah membuka Wuhan! Seluruh dunia kini terancam dengan keganasan wabak ini! Sekarang China kini mengisytiharkan Wuhan bebas dari jangkitan ...! * Kenapa ...? *

 ðŸ“¢Satu perkara besar lagi ialah pasaran saham di seluruh dunia telah jatuh hampir separuh! Tetapi saham China - pasaran saham mereka daripada 3 ribu yang hanya turun pada 2700! Tiada kesan virus ini menjejaskan pasaran saham China ...! * Kenapa ...? *

🔒Apapun perkara-perkara ini, mereka hanya menunjuk kepada satu perkara bahawa corona adalah senjata bio-kimia China, yang telah keluar meninggalkan China untuk membuat kemusnahan di seluruh dunia! Selepas ribuan orang dan mungkin jutaan terbunuh, China kini mengisytiharkan sudah berjaya mengendalikan virus ini! Mungkin China juga sudah mempunyai vaksin, yang mereka tidak berkongsi dengan dunia luar! Dan adakah China akan menjual vaksin ini setelah jutaan menjadi korban akibat Covid-19 ini. 

 * Kenapa ...? *
#Hanya China yang mempunyai jawapan.
*ini sekadar berkongsi dari sudut pandangan peribadi*
Mungkin ianya betul,  dan juga mungkin hanya spekulasi.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kalau anda bermurah hati untuk bantu barisan artis anda boleh berikan sumbangan. Kesian artis kena kecam dengan nitizen sebab minta bantuan dari kerajaan hahaha. Kat bawah ini kerja nitizen.



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Pengikut

Senarai Blog Saya

  • Mia Liana
    GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)
  • Diana Rashid
    MISTERI JAM VINTAGE
  • Aerill.com™ | Lifestyle
    Panduan Mudah Beli Domain di NetKL
  • Tiara Saphire
    Drama China | Be With You (2020)
  • MIZI SEMPOI
    Vaksin covid-19 ada galetin babi
  • EMAS PUTIH
    Kalau Sang Isteri Dapat Set Periuk Jo's Marble Cookware Dari Little Homes Memang Senyum Sampai Setahun!!

Cari Blog Ini

About me

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sebarang pertanyaan tentang iklan boleh wasap saya http://mizisempoi.wasap.my

NEWSLETTER

Categories

  • anak abah
  • artis
  • Bercuti
  • BERITA
  • bloglist
  • business online
  • cerita
  • gosip
  • IKLAN
  • islam
  • jutawan
  • lawak
  • movie
  • PELIK
  • Sahabatku
  • sedih
  • sukan
  • teknologi

Blog Archive

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes