4 hari sihat dari covid-19

by - Mac 24, 2020


Sebenarnya, antara Masyaikh Seri Petaling yang positif dengan covid-19 ini ialah Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid حفظه الله. Tetapi ajibnya, beliau cuma ditahan di Hospital Kuala Lumpur selama 4 hari sebelum disahkan sihat sepenuhnya oleh HKL dan dibolehkan untuk discharge.

Maka apabila Maulana telah balik ke rumah, orang telah tanya kepada Maulana Abdul Hamid tentang apa amalan beliau selama ditahan di HKL?

Maulana menjawab, beliau buat amalan biasa sahaja. Iaitu:

1. Tilawah al-Quran.
2. Zikir pagi petang.
3. Solat tahajjud.
4. Solat dhuha.
5. Doa.
6. Kuatkan semangat.

Dan beliau telah katakan bahawa beliau amalkan amalan yang telah dikongsi oleh Mufti Taqi’ Uthmani حفظه الله di dalam wawancara TV di Pakistan, di mana Mufti Taqi’ Uthmani telah kongsikan tentang mimpi seorang ahlullah dalam Tabligh (dipercayai ahlullah ini ialah Maulana Ibrahim Dehla حفظه الله) yang bertemu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم lalu Nabi telah ajarkan amalan ini kepada beliau untuk dilindung dari wabak covid-19. Amalan itu ialah:

Maulana telah mulakan amalan ini dengan selawat 3x

1. Surah Al Fatihah 3x

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ ﴿١﴾ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ‏ ﴿٢﴾ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ‏ ﴿٣﴾ مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ‏ ﴿٤﴾ اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ‏ ﴿٥﴾ اِهۡدِنَا الصِّرَاطَ الۡمُسۡتَقِيۡمَۙ‏ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡن ﴿٧﴾

2. Surah Al Ikhlas 3x

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ [١] اللَّهُ الصَّمَدُ [٢] لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ [٣]وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ[٤]

3. Dan Zikir 313x

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Dan Maulana telah tutupkan amalan ini dengan selawat 3x

Lalu ditiupkan ke dalam air, dan terus minum.

Masyaallah, selama 3 hari ditahan di dalam HKL, pada hari ke 4, Maulana disahkan sihat sepenuhnya dan dibenarkan discharge ke rumah pada hari Sabtu pagi bersamaan 21 Mac 2020, sebelum melaungkan azan dan solat berjemaah bersama keluarga di kediamannya.

Telah tular audio Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid di dalam whatsapp, di mana beliau telah kongsikan amalan beliau kepada semua orang setelah ditanya dan diminta untuk dikongsikan.

Gambar: Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid sedang memakaikan serban kepada seorang ulama dari Yaman yang amat dihormati.

Tulisan: Ahmad Harith Izzuddin bin Ismail.

You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0